Rata-rata ramai yang menyambut baik cadangan parti Pakatan Rakyat bahawa mereka akan
menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
sekiranya Pakatan dapat mengambil alih Putrajaya.
Mereka sedar dan faham sekiranya tiada bantuan kewangan daripada kerajaan, ini akan
menyukarkan anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Kewujudan PTPTN sebenarnya adalah baik dan dialu-alukan
iaitu sebagai tempat pelajar-ppelajar mendapatkan sumber kewangan, tetapi bukanlah
tempat pinjaman wang kepada pelajar-pelajar bagi meneruskan
pelajaran.
Setelah beberapa lama terbentuknya PTPTN, banyak masalah
yang timbul. Pada asalnya peminjam akan
dikenakan 3% per tahun (baki pinjaman akan dikenakan lagi 3%) selepas tamat pengajian atau telah
bekerja. Apabila berlaku pelajar yang
tidak membayar pinjaman akan disenarai hitam serta tidak boleh keluar negeri.
Selepas beberapa rungutan berhubung dengan bayaran 3%
yang dikenakan setiap tahun, maka pada Jun 2008 telah diperkenalkan Sistem UJRA
atau UPAH yang semua pembiayaan pendidikan di bawah PTPTN akan dikenakan caj
kadar tetap (rata) 1% dikenakan sekali sahaja.
Disamping itu keistimewaan diberi kepada pelajar yang
mendapat Ijazah Kelas Pertama, Pinjaman PTPTN tersebut akan ditukar
daripada pinjaman kepada biasiswa. Tiada keistimewaan diberi kepada peringkat
diploma.
Dari senario yang dibentangkan di atas
sekurang-kurangnya dapat kita memahami apakah dia PTPTN. Ia adalah sebuah
perbadanan bagi memberi pinjaman pelajaran kepada pelajar Malaysia tanpa
mengira bangsa dan status. Ini bermaksud anak menteri pun boleh diberi pinjaman
sama seperti petani, nelayan, pekerja kilang dan sebagainya.
Apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat untuk
menghapuskan pinjaman PTPTN sebenarnya bukannya sebagai propaganda atau kempen
menjelang pilihan raya. Tindakan ini diambil kerana pelajar yang meminjam PTPTN
telah menjerat diri mereka pada awal-awal lagi dengan menandatangai surat hutang yang akan ditanggung
sepanjang hidup. Mereka dikehendaki
membayar pinjaman PTPTN selepas 6 bulan mereka menamatkan pengajian. Maksudnya dapat kerja atau tidak, pinjaman
perlu dibayar. Inilah yang membebankan
mereka.
Apa yang diwarwarkan oleh Pakatan Rakyat harus diberi
kepercayaan. Dengan penghapusan PTPTN
kelak, Malaysia akan menyediakan pendidikan percuma dari peringkat rendah
hingga ke Universiti sebagaimana negara-negara Eropah seperti Sweden, Finland, Germany, Italy, France,
Spain, Belgium, Denmark dan Turki. Baru-baru ini negara Sri Lanka and Mauritius
turut sama mengikut jejak negara Eropah memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin
yang mengulas hasrat murni Pakatan Rakyat menyatakan negara akan bangkrap dan
institusi pelajaran swasta akan ditutup. Khaled sebenarnya buta matematik. Sekarang ini pun negara hampir bangkrap. Banyak
duit dibazirkan kepada jalan rasuah, kroni dan salahgunakuasa oleh kerajaan BN yang
tidak cukup ruang jika hendak disenarai panjang.
Di mana-mana pentas ceramah, Dato’ Seri Anwar berikrar dan berjanji akan menghapuskan PTPTN, sudah tentu BN merasa bimbang kerana sokongan rakyat marhaen megenai
isu ini cukup tersentuh dihati mereka.
Apakah cara BN untuk membalas ledakan yang telah dibuat oleh Anwar
tersebut. Tunggu!.
No comments:
Post a Comment