IKLAN

Sunday, 1 July 2012

Tiada Fixed Deposit Lagi Untuk Umno BN

Ping site
Nampaknya apa yang dibanggakan selama ini oleh Umno BN, negeri-negeri sebagai Fixed Deposit mereka dalam setiap kali pilihan raya umum tidak akan berlaku lagi untuk pilihan raya ke 13 yang akan datang.  Negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan Johor yang kerap kali membantu kemenangan BN dalam pilihan raya tidak boleh bergantung harap lagi. Negeri-negeri ini akan menjadi sokong membawa rebah kepada Barisan Nasional.


Negeri Johor tempat bertapak parti UMNO secara tradisinya kini sedang menerima ujian yang getir dalam pilihan raya akan datang. Akhir-akhir ini telah beberapa kali pakatan rakyat mengadakan siri ceramah mereka seperti Merdeka Rakyat, Himpunan Hijau Ke Putrajaya begitu mendapat sambutan ribuan orang yang terdiri daripada berbagai bangsa untuk mendengar penjelasan isu-isu dan fitnah yang dibuat oleh Barisan Nasional terhadap pembangkang. 


Sambutan sebegini tidak berlaku sebelum ini terhadap pentas pembangkang.  Sebenarnya rakyat sudah mulai faham bahawa pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini bukanlah untuk mendahulukan rakyat.  Perdanan Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib juga faham pemberian RM100 kepada pelajar, baucer buku RM150 kepada pelajar institusi pengajian tinggi, RM500 kepada mereka berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bantuan kepada bekas anggota keselamatan tidak juga dapat mempengaruhi rakyat kembali menyokong BN.  Ada ura-ura sebagaimana dicadangkan oleh Muhyiddin untuk beri BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sekali lagi, ini kerana apa yang ditabur sebelum ini pulangannya tidak seperti apa yang diharapkan.

Selepas satu, satu strategi dibuat untuk memenangi hati rakyat.  Baru beberapa minggu yang lepas dilancarkan pula TR1MA (Teksi Rakyat 1 Malaysia) bagi membantu pemandu teksi dalam susidi insuran dan pembelian tayar untuk pemandu teksi.  Lain yang diharapkan lain pula yang datang.  Janji pakatan rakyat bukan tayar tetapi teksi dan permitnya.  Malang sekali kepadu pemandu teksi jika gula-gula seperti ini pun tidak dapat dibaca dan dinilai.

Di Sabah lain pula senarionya.  Memang benar Sabah yang kebanyankan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional telah membantu kemenangan BN kini dalam kedudukan goyah. Terdapat taufan berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin dalam Umno sendiri sedang melanda Sabah kerana mahu menyambung kuasa. Pepecahan sedang berlaku dan sekali gus akan meretakkan sokongan orang ramai yang  dulu menjadi penyokong kuat Umno. 


Parti-parti dalam pakatan rakyat telah mula mendapat perhatian rakyat lebih-lebih lagi mereka telah cukup  sedar berhubung dengan Sabah yang ketinggalan dalam banyak perkara terutama pembangunan. Sejak bersama dalam Malaysia sejak  hampir 40 tahun (1963) Sabah masih sama. Tahap rakyat tetap sama, yang senang dan berubah ialah pemimpinnya.  Pemimpin-pemimpinnya seperti Musa Aman dan Shafie Apdal yang sedang dilanda berbagai skandal dan rasuah, bolehkah terus jadi pemimpin?


Di Sarawak lain pula keadaannya.  Walaupun pilihan raya peringkat negeri DUN telah dimenangi oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Hj Taib Mahmud melalui parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), masyarkat tetap mahukan perubahan. Dalam pilihan raya yang lepas hampir keseluruhan masyarkat Cina ingin perubahan sementara Melayu dan masyarkat peribumi macam duduk atas pagar taku untuk berubah.  Apabila keputusan pilihan raya memihak kepada PBB, nasib nereka juga tidak berubah dan mungkin juga tidak akan berubah. Kini mereka sedar bahawa perubahan yang dijanjikan oleh pakatan rakyat harus diberi perhatian.  Selama bersama BN begini juga nasib mereka.

Dengan perubahan-perubahan mutakhir yang berlaku telah membimbangkan Najib dan Barisan Nasional.  Terutama politik di Sabah.  Walau macam mana kecil pun masalah di Sabah, Najib tetap akan memberi perhatian dan akan bergegas ke Sabah untuk meninjau dan menyelesaikan masalahnya.  Lebih lagi menyelesaikan masalah pemimpin-pemimpin Umno di sana.

Benar kata perpatah Langit tidak selalu cerah.  Kalau memimpin negara lama mana sekali pun jika ditadbir dengan baik rakyat akan menyokongnya tanpa berbelah bahagi.  Tetapi jika memimpin untuk mengumpul harta untuk diri dan kroni, cukuplah sampai di sini.

No comments:

Post a Comment