IKLAN

Wednesday 22 February 2012

Akhirnya JATI Dilancarkan

Pada 21 Februari 2012 bertempat di Shah Alam Convention Centre rasmilah pelancaran pertubuhan JATI iaitu sebuah NGO pro-Melayu. Hadir sama dalam pelancaran tersebut ialah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan juga Senator Ezam Mohd Nor. JATI adalah untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Slogan JATI ialah Gerakan Martabatkan Umat. Logo JATI yang berbentuk tiga jalur merah membawa maksud perjuangannya iaitu Islam, Melayu dan Raja. Menurut Datuk Dr Hasan Mohamed Ali iaitu Presiden JATI selepas sehari pelancaran, JATI telah menerima 1000 borang permohonan untuk menjadi ahli JATI.

JATI akan menjadi landasan bagi Datuk Hasan meneruskan perjuangan selepas beliau tidak ada dalam barisan pimpinan kerajaan Selangor serta Parti Pas. Beliau sendiri telah menyatakan bahawa JATI akan menimbulkan gelombang tsunami kecil dan bakal menjadi kuasa ketiga atau Third Force dalam politik tanah air. Blog TanjakTinggi  mengucapkan selamat berjuang kepada Datuk Dr Hasan walaupun perjuangan untuk agama Islam,  Melayu dan Raja, hindarkan perkara-perkara yang menyentuh sensitibiti  agama dan bangsa lain,  Raja tetap bertahta.  Oleh itu semoga apa yang dicita-citakan selama ini oleh Datuk Dr Hasan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment