IKLAN

Thursday 23 February 2012

Tanpa Kepakaran Dapat Projek Lebuhraya KIDEX


Nampaknya bertambah lagi perhatian rakyat terhadap isu-isu yang melibatkan kredibiliti UMNO. Baru-baru ini timbul pula isu pemberian kontrak konsesi lebuhraya The Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) bernilai RM2.2 biliun kepada dua buah syarikat Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd, kedua-duanya tiada langsung mempunyai kepakaran pembinaan lebuhraya. Nik Sazlina Mohd Zain isteri kepada Tun Zaki iaitu bekas Ketua Hakim Negara adalah pengarah syarikat Zabima Engineering sementara Hafarizam Harun ialah pengarah kepada kedua-dua syarikat tersebut. Hafarizam ialah Peguam kepada UMNO yang terlibat dengan krisis perlembagaan Negeri Perak antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional pada tahun 2009.

Hafarizam telah menafikan tuduhan bahawa pemberian kontrak Lebuhaya KIDEX tersebut ada kaitan peranan beliau dalam krisis Perlembagaan Perak tahun 2009, dan tuduhan tersebut adalah semata-mata berniat jahat terhadap beliau dan Tun Zaki. Kedua-dua syarikat yang tiada mempunyai kepakaran dan tiada mempunya kelayakan dalam projek pembinaan lebuhraya boleh diberi konsesi tersebut. Adakah kerana Hafarizam seorang Peguam UMNO dan Tun Zaki sebagai bekas Ketua Hakim Negara  maka kriteria ini digunakan?

Ini tiada beza apa yang berlaku kepada pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp) kepunyaan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga Ketua Wanita UMNO. Syarikat yang tiada kepakaran dalam bidang ternakan telah diberi pinjaman tersebut. Apa yang telah berlaku? Pinjaman RM250 juta tersebut telah dibelanjakan untuk tujuan lain daripada projek ternakan sebaliknya digunakan membeli hartanah, melancung dan membeli  lain-lain harta.  Inilah yang dimaksudkan tiada kepakaran  Adakah kerana Shahrizat seorang menteri dan Ketua Wanita UMNO menjadi kriteria bagi pinjaman tersebut diluluskan?

Rakyat tidaklah begitu bodoh untuk mentafsir dan memahami perkara ini. Inilah yang berlaku sepanjang pemerintahan UMNO/BN. Salahguna kuasa, rasuah, kroni dan ketirisan. Allah swt maha mengetahui, satu demi satu ditunjukkan kepada kita kemungkaran UMNO. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment