IKLAN

Wednesday 22 February 2012

Tarikh Pilihan Raya, Winnable Candidates

Ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman pembubaran Parlimen dan seterusnya penetapan tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13. Rata-rata ramai yang membuat andaian logik masing-masing berhubung tarikh tersebut. Ada yang meramalkan pilihan raya akan di adakan pada akhir tahun ini. Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula meramalkan ianya akan diadakan pada June 2012.

Sementara itu di kalangan ahli UMNO mahukan pilihan raya diadakan pada tahun hadapan April 2013 iaitu tamat tempoh 5 tahun penggal. Sekiranya diadakan pada tahun ini peluang untuk menang adalah tipis, beberapa buah negeri lagi akan jatuh kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya boleh mengambil alih Putrajaya. Banyak sungguh isu-isu besar menghantui UMNO/Barisan sehingga tidak kedengaran lagi pelan-pelan transformasi yang dilaungkan oleh Dato’ Seri Najib. Isu-isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) RM250 juta, soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam, penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH), penggunaan wang zakat oleh Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pembayaran kepada BBC/FBC sebanyak RM80 juta untuk naikkan imej pentadbiran Najib pada Februari 2009 sehingga Julai 2011, isu berhubung dengan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan lain-lain isu yang masih diperkatakan. Isu lama belum hilang timbul isu baru.

Disamping itu yang masih belum jelas dan bercelaru adalah berhubung dengan pemilihan calon-calon Barisan Nasional dalam pilihanraya Ke 13 yang akan datang. Dato’ Seri Najib dalam Perhimpunan Agung 2011 di PWTC telah mengemukakan mengenai calon boleh menang atau winnable candidate. Perkara ini seterusnya menjadi topik utama perbahasan dalam perhimpunan tersebut. Menurut Najib seseorang winnable candidate ialah seseorang yang boleh menang tanpa mengira umur, tidak kira tempoh penggal telah berkhidmat. Calon boleh menang bukan sahaja boleh diterima oleh penduduk setempat tetapi juga diterima oleh jentera pilihan raya. Dengan kata lain calon boleh menang adalah tidak semestinya terdiri dari yang memegang jawatan dalam bahagian, calon tersebut mungkin terdiri daripada kalangan profesional atau individu yang dikenali umum. Sungguhpun pemilihan calon belum dimuktamadkan sudah ada suara-suara mempromosi diri sebagai calon boleh menang. Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung yang telah lima penggal memenangi kerusi Parlimen Alor Setar menganggap beliau adalah calun boleh menang dalam pilihanraya akan datang. Datuk Seri Shahidan Kassim juga menyatakan beliau juga calon boleh menang bagi UMNO dan BN.

Walaupun Najib telah menyatakan calon boleh menang boleh diterima rakyat dan jentera parti, ianya tidak menghilangkan kebimbangan berhubung sabotaj dalaman. Perkara sabotaj ini pernah berlaku dalam pilihan raya 2008 yang lalu, akibat perbuatan demikian menyebabkan calon BN pilihan pucuk pimpinan tewas di banyak kawasan dengan majoriti tipis. Walaupun mesej taat setia dan cintakan kepada parti perlu dan bersedia berkorban perasaan, ini tidak dapat menjamin tidak ada sabotaj atau pengkhianatan. Najib pernah menyatakan ‘disuruh angguk dia mengangguk, disuruh menggeleng dia menggeleng tetapi di belakang lain ceritanya.

Saya juga percaya bahawa pilihan raya Ke 13 akan diadakan pada tahun hadapan 2013. Ini mengambilkira bahawa UMNO/BN sedang menyelesaikan masalah dan isu-isu yang dinyatakan seperti di atas. Apabila calon boleh menang atau winnable candidate dinamakan, maka ini adalah merupakan mimpi ngeri kepada UMNO dan BN. Tunggu!

No comments:

Post a Comment