IKLAN

Wednesday 22 February 2012

Permohonan Maaf Pengurusan KFC

Saya terpanggil untuk  mengulas peristiwa pergaduhan antara pelanggan dan pekerj KFC di i-City, Shah Alam  baru-baru ini.  Pergaduhan tersebut melibatkan pelanggan berbangsa Cina dan pekerja KFC berbangsa Melayu.  Pada saya pergaduhan ini bukanlah satu pergaduhan yang berbentuk perkauman.  Ianya merupakan pergaduhan rasa tidak puashati  pelanggan yang merasa marah kerana pesanan mereka tidak kunjung tiba  kerana terlalu ramai pelanggan yang membuat pesanan  sehingga  sukar untuk dipenuhi pesanan tersebut oleh pekerja.

Isu ini tidak perlulah diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan ketegangan kaum.  Pada saya ini adalah satu pergaduhan biasa yang boleh diambil tindakan samada pihak pelanggan membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman terhadap majikan KFC.  Atau pihak KFC memohon maaf kepada pelanggan berkenaan.

Semalam 18 Februari 2012 pihak Pengurusan KFC Malaysia telah mengambil tanggungjawab dengan membuat permohonan maaf kepada mangsa Danny Ng bertempat di rangkaian KFC i-City. Inilah cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini. Selagi isu ini tidak diselesaikan, selagi itulah ada yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan ketegangan dengan  cuba menonjolkan diri  menjadi  hero.

No comments:

Post a Comment