IKLAN

Sunday 26 February 2012

Lynas akan Jatuhkan UMNO/BN

Semalam saya telah menulis berhubung dengan Himpunan Hijau 2.0  di Kuantan  samada diteruskan atau dibatalkan atau adakah mendapat sambutan  akibat daripada pertukaran  venue perhimpunan dari padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK 1) kepada padang perbandaran MPK 4.  Hari ini sesungguhnya walaupun ada usaha untuk menghalang Himpunan Hijau ianya tidak lansung memadamkan semangat para peserta.  Terbukti seramai hampir 20,000 hadir mengambil bahagian, turut hadir ialah Ngo-Ngo dan juga pemimpin parti Pakatan Rakyat.

Mereka bukan dipaksa untuk datang.  Ini adalah kerana kesedaran untuk menyelamatkan bumi Malaysia terutama Gebeng dan persekitarannya dari bahaya akibat dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas.  Kehadiran peserta yang begitu ramai adalah menggambarkan mereka adalah mewakili rakyat marhaen Malaysia.

Ingatlah,  berdasarkan kepada sambutan ini  menunjukkan bahawa tanda-tanda kerajaan UMNO/BN akan jatuh dalam pilihan raya KE 13 sudah amat jelas.  Insya Allah.




(Gambar dari Pahang Daily)


No comments:

Post a Comment