IKLAN

Tuesday 28 February 2012

Jika PR Menang Azan Diharamkan


Post yang lalu saya telah ucapkan tahniah kepada Datuk Dr Hasan Ali di atas penubunan NGO yang dinamakan JATI  untuk mempertahankan akidah.  Platfom perjuangan JATI ialah untuk Islam, Melayu dan Raja (IMR).  Baru-baru ini ketika berucap pada Majlis Sim­p­osium Perdana Menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Alamanda, Jasin, Melaka beliau telah menyatakan:  “Tidak mustahil azan juga akan diharamkan bila PR terus berkuasa dan Pas menyatakan apa yang    hendak dibuat me­ngenai Islam mesti rujuk dulu kepada parti komponen ­dalam PR iaitu PKR dan DAP ­sedangkan ia berhubung kait agama Islam.”

Kenyataan yang dibuat oleh Hasan Ali amat pelik.  Sejak beliau tidak berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Selangor dan juga ahli PAS, beliau telah banyak melontarkan perkara-perkara yang boleh membangkitkan sentiment agama dan perkauman.   Walaupun apa yang dinyatakan satu andaian tetapi sekiranya orang yang menerimanya terlalu fanatik, kemungkinan akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Hassan Ali telah menyatakan  bahawa penubuhan JATI tidak terlibat dengan dunia poltik.  Walaubagaimana pun kesemua pernyataan yang dibuat oleh beliau adalah berbaur politik.  Kenapa mesti dilibatkan dengan   parti PR (Pakatan Rakyat).  Kebanyakan pernyataan beliau buat  ada agendanya  tersendiri   untuk mendapat  publisiti dirinya  dan juga  bagi menaikkan imej UMNO/BN.

No comments:

Post a Comment