IKLAN

Wednesday 22 February 2012

Gangguan Ceramah Pakatan Rakyat

Sudah banyak kali ceramah Pakatan Rakyat terutama ceramah yang melibatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim samada diganggu oleh pihak polis, pihak UMNO atau dari mamat-mamat upahan. Pada 25/3/2011 ketika Anwar Ibrahim berceramah di Taman Melawati, Hulu Kelang, ianya telah diganggu oleh pihak polis dengan mengarahkan Anwar memberhentikan ucapannya. Pada bulan yang sama juga 30/3/2011 ketika Anwar mengadakan ceramah di Semariang, Sarawak ceramah tersebut juga diganggu oleh pihak polis.

Selain daripada gangguan dilakukan oleh pihak polis, ceramah Pakatan Rakyat iaitu dari Parti Pas juga diganggu oleh orang kuat UMNO. Sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Hamidah Osman ADUN Sungai Rapat pada 1 Februari 2012 semasa ceramah perdana Pas diadakan di UPU Kampung Pisang, Batu Gajah, Hamidah juga mengadakan ceramah bersebelahan tempat ceramah Pas tersebut. Tidak cukup dengan itu pemuda-pemuda bermotor juga didatangkan membuat bising di ceramah tersebut. Begitu juga dilakukan oleh Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 13/12/2011 sanggup turun ke Bukit Baru, Melaka mengganggu cermah Pas dengan berceramah bersebelahan tempat ceramah Pas.

Gangguan terbaru dan menyedihkan ialah terhadap ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor pada malam Ahad yang lalu (20/02/2012). Apa yang dilaporkan ialah sekumpulan anak muda dalam kumpulan 200 orang dengan membawa bendera UMNO dan BN telah membuat kacau dengan mengeluarkan kata-kata maki hamun yang keji terhadap Dato’ Seri Anwar. Mereka juga mengambil tindakan ganas dengan bertindak memecahkan cermin kereta Dato’ Seri Anwar pada malam tersebut. Syukur tindakan ganas ini tidak melibatkan kecederaan dan maut. Tindakan ganas mamat-mamat upahan ini sudah tentu ada yang mengarahkannya.

Pihak Pakatan Rakyat seharusnya tidak terbawa-bawa dengan budaya ganas ini. Apa yang harus dilakukan ialah mengawal keadaan lebih baik daripada menyambut provokasi. Kita harus faham orang yang lemas akan mencapai apa saja untuk cuba menyelamatkan dirinya. Begitulah apa yang berlaku kepada UMNO. Apa yang perlu dilakukan ialah hebahkan perbuatan-perbuatan ganas ini dalam media Pakatan Rakyat dan juga blog-blog, facebook, tweeter pro pakatan agar rakyat dapat maklumat dan menilainya. Ini akan bertambahnya sokongan dan simpati. InsyaAllah tuhan lebih mengetahui.

No comments:

Post a Comment