IKLAN

Tuesday 28 February 2012

Pihak Polis: NFC Ada Kes Untuk Pendakwaan

 

Pada 25 Feb 2012 Datuk Syed Ismail Syed Azizan,  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman telah mencadangkan pertuduhan pecah amanah (CBT) diambil  terhadap  Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr Mohamed Salleh  Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita  dan Keluarga, Sharizat Abdul Jalil.

Sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan yang menyiasat kes NFC, beliau mengetahui berhubung dengan ‘finding’  samada ada kes atau tidak untuk dibuat pertuduhan.   Sungguhpun pihak polis mencadangkan supaya pertuduhan dikenakan, pihak yang menentukan samada tindakan perlu diambil ialah Peguam Negara.

Sekarang orang ramai telah mengetahui bahawa siasatan yang dijalankan oleh pihak polis telah timbul adanya kes untuk tindakan pendakwaan.  

Kenyataan Datuk Syed Ismail tersebut telah dikecam oleh pihak NFC kerana dikatakan mendahului Peguam Negara.  Datuk Ismail menegaskan bahawa tindakan  untuk mempertuduh Pengerusi NFC adalah satu cadangan kepada Peguam Negara.

Memandangkan orang ramai sekurang-kurangnya  telah mengetahui bahawa siasatan pihak polis terhadap NFC ada kes untuk didakwa, maka kita tunggulah apakah tindakan seterusnya diambil oleh Peguam Negara. TUNGGU.

No comments:

Post a Comment