IKLAN

Monday 27 February 2012

Samseng UMNO Membantu Jatuhkan UMNO

Peristiwa sekumpulan samseng UMNO yang mengganggu  Himpunan Hijau 2.0  protes  Anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade mendapat kecaman daripada Ketua Biro Undang-undang & Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh.

Apa yang disuarakan oleh Baljit Singht tersebut ada kebenarannya.    Sejak kebelakangan ini banyak sudah gangguan piahak UMNO kepada Pakatan Rakyat.  Bagi kita yang tidak berada di tempat kejadian boleh melayari Youtube.  Sesiapa saja yang menontonnya  akan merasa muak terhadap gelagat samseng uapahan ini.   Inilah yang ditakuti oleh Baljit Singh jika perbuatan samseng UMNO seumpama ini tidak dihentikan,  Barisan Nasional  perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya.

Kita juga faham tidak semua anggota UMNO bersetuju dengan tindakan  mamat-mamat upahan UMNO ini.  Mereka datang dengan memakai pakaian berlogo UMNO secara samseng tunjuk lagak kepada 500 peserta Himpunan.  Lebih banyak  UMNO melakukan provokasi ini, lebih teruk BN akan kehilangan undi dari rakyat keseluruhannya.

Dalam post saya yang lalu, saya telah syurkan  bahawa mengawal keadaan lebih baik daripada menyambut  provokasi.  Sebenarnya mereka ini  fikiran tidak  matang, bangang pula.  Perhimpunan yang diadakan bukan kempen pilihan raya. Ianya satu perhimpunan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia  termasuk lah keluarga samsang-samseng ini daripada terkesan dengan sisa radioaktif  daripada kilang memproses nadir bumi Lynas (LAMP).    Allah swt maha mengetahui, Insya Allah ke Putrajaya kita.


No comments:

Post a Comment