IKLAN

Saturday 25 February 2012

Macam-macam Cara Gagalkan Himpunan Hijau 2.0

Esok 26 Februari 2012 Jam 9.30 pagi hingga 12.00 tgh. satu perhimpunan yang dinamakan HIMPUNAN HIJAU 2.0 akan diadakan di Kuantan.  Himpunan Hijau adalah bertujuan membantah projek pembinaan loji pemerosesan nadir bumi oleh LYNAS Advanced Meterials Plant di Gebeng.  Pada asalnya perhimpunan ini dijadual diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1  (Padang MPK1) iaitu bersebelahan dengan Masjid Sultan Ahmad Shah, walaubagaimana pun pihak polis telah mengeluarkan permit dan memindahkan ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 (MPK 4).

Apa yang berlaku tiga hari sebelum dijadualkan perhimpunan ini diadakan pihak Majlis Perbandaran Kuantan telah memasang pagar zinc keliling Padang  MPK1 tersebut.  Malam semalam dilaporkan jentolak telah memasuki padang MPK 1 dan menggali lobang-lobang besar dengan alasan untuk menaik taraf padang bagi persediaan sukan SUKMA pada Julai akan datang.  

Sementara itu keputusan memindahkan venue Himpunan Hijau ke padang Kemunting atau Padang MPK 4 yang terletak  di hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan, terang-terangan umpama untuk menggagalkan perhimpunan tersebut.  Ini kerana di padang MPK 4 tersebut telah ada jadual pertandingan ragbi  antara Universiti yang bermula pada 25 hingga 26 Februari.  

Cukup gentar sungguh kerajaan BN dalam menangani isu Lynas ini.  Macam-macam usaha dibuat untuk menggagalkannya. Kita tunggu esok apakah perhimpunan tersebut dibatalkan atau berkurangan sambutan Himpunan Hijau tersebut atau sebaliknya.  

Teruskan tanggungjawab kita untuk menyelamatkan rakyat Malaysia akibat daripada kesan loji Lynas ini.  Ya Allah Selamatkanlah Malaysia.

No comments:

Post a Comment