Anuar Musa telah memecahkan tembok politiknya sama-sama menurunkan tandatangan di banner yang disediakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil tanda menyokong tuntutan rakyat Kelantan mengenai tuntutan wang royalti minyak Petronas. Ini dilakukan bersempena perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby pada 19 Mei yang lepas.
Tindakan yang dilakukan oleh Anuar tersebut harus dianggap secara positif. Isu tuntutan royalti minyak adalah isu bersama seluruh rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka. Umum mengetahui kerajaan Barisan Nasional sejak Mahathir menjadi Perdana Menteri telah menzalimi negeri di bawah pentadbiran pembangkang bermula daripada negeri Terengganu jatuh kepada parti PAS pada tahun 1999, wang royalti minyak telah ditukar bentuknya kapada wang ehsan yang diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Pembangunan Persekutuan.
Mungkin Anuar telah nampak atau pun sedar isu royalti minyak semestinya diperjuangkan bersama demi keselesaan dan kebajikan rakyat Kelantan keseluruhannya. Mungkin Anuar telah sedar apa yang dilakukan oleh YM Tengku Razaleigh Hamzah menyokong tuntutan royalti minyak tersebut adalah satu tindakan yang betul dan wajar. Tengku Razaleigh amat faham berhubung dengan perjanjian minyak Petronas Petroliam Sharing Contract (PSC) yang mana beliau orang yang terlibat sama semasa menjadi Menteri Kewangan dahulu. Sebab itu Tengku tidak gentar menyuarakan isu royalti minyak tersebut bersam-sama rakyat Kelantan.
Walaupun Anwar dikatakan pernah terlibat dalam isu pertabalan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan, dengan sokongan terbaru yang diberikan kepada isu royalti ini sekurang-kurangnya yang keruh dahulu dapat dijernihkan. Dengan sokongan ini dapat kita dilihat siapakah orang-orang yang paling kuat menentang hasrat rakyat Kelantan menuntut royalti minyak tersebut. Nama Awang Adik dan Mustapha Muhamad tidak akan hilang dari bibir rakyat Kelantan dalam memperkatakan perkara ini. Hidup dan mati mereka kerana UMNO. Tiada kuasa lain selain kuasa UMNO yang boleh memerintah Malaysia, talian hayat jangan dilepaskan.
Jika apa yang ditunjukkan oleh Anuar Musa tersebut satu sokongan sebenar dan ikhlas maka diharapkan usaha ini harus diteruskan. Ikutlah cara Tengku Razaleigh yang sanggup naik pentas bersama-sama menyuarakan sokongan tidak berbelah bahagi. Beliau bijak memisahkan antara politik dan kebajikan rakyat Kelantan. Kepada Anuar, jangan pula nanti apabila kena sergah berpusing 360 darjah suku dan membawa cat untuk memadam tandatangan sendiri di banner. Semoga tidak.
No comments:
Post a Comment