IKLAN

Tuesday, 1 May 2012

Polis Dan Peserta Bersih 3.0 Adalah Mangsa Kerakusan Kuasa

Ping Blog
Setelah melihat rakaman-rakaman video yang dikeluarkan di Youtube maka dapat dirumuskan bahawa perhimpunan aman DUDUK BANTAH Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang menjadi mangsa sebenarnya ialah peserta Bersih 3.0 dan pihak polis yang bertugas.

Bersih 3.0 asalnya adalah satu perhimpunan Duduk Bantah dijadualkan di Dataran Merdeka.  Walaubagaimana pun pihak DBKL telah tidak membenarkan menggunakan Dataran Merdeka yang dikhususkan untuk acara peringkat nasional.  Pihak polis juga telah mengambil tindakan dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang penggunaan Dataran Merdeka.  Oleh itu langkah yang diambil oleh Bersih 3.0 ialah berhimpun disekitar berhampiran kepada Dataran Merdeka. Penganjur juga telah memberi amaran kepada peserta supaya mematuhi arahan supaya tidak melanggar undang-undang dan tidak menceroboh Dataran Merdeka.


Muat turun video Youtube dan gambar-gambar yang dikeluarkan oleh bloggers, terdapat peserta-peserta Bersih yang tidak memakai TShirt Bersih siap memakai sarung tangan khusus bertindak sangat ‘berani’ daripada peserta-peserta yang lain terutama melakukan kerja membuka halangan dawai berduri dan mengalihkan kon-kon merah putih seolah-olah membuka jalan atau menjemput peserta Bersih masuk ke Dataran Merdeka.  Inilah agaknya yang dimaksudkan oleh penulis blog Sang Kelembai, Zahrain bahawa pihak polis menyamar ada dalam kelompok peserta Bersih yang akan bertindak apabila menerima arahan.

Dari penelitian yang dibuat,  permulaan tembakan gas pemedih mata dibuat oleh pihak polis apabila mendapati ada  usaha pembukaan halangan di trafik light persimpanmgan Jalan Tun Perak di hadapan bangunan mahkamah lama. Ketika ini pemimpin-pemimpin pakatan seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Mat Sabu dan lain-lain berada di atas kenderaan terbuka.  Selepas beberapa ketika sahaja tembakan gas berlaku diikuti dengan pancutan air dari lori FRU.   Ini menyebabkan suasana menjadi panik dan tidak terkawal lebih-lebih lagi himpunan manusia amat padat untuk bergerak ke belakang arah Jalan Raja Laut.

Dalam masa yang sama pihak polis telah menjalankan tindakan mereka yang tidak terbayang oleh kita. Tindakan kejam membelasah setiap orang yang dijumpai tanpa kira tua muda termasuk juga pihak wartawan dengan tindakan yang paling sadis dilakukan oleh polis.  Ini harus dicatatkan dalam sejarah negara Malaysia supaya dapat diketahui oleh anak cucu  seluruh rakyat Malaysia yang akan datang.

Mengapakah perkara ini berlaku?.  Sudah tentu ada manusia yang mengeluarkan  arahan supaya melakukan kekejaman tersebut. Mereka adalah orang-orang yang ingin mengekalkan kuasa yang sedang  dipegang sekarang. Pihak polis telah menjadi mangsa oleh orang yang rakus  untuk memegang kuasa yang sementara dan bukan kuasa yang mutlak. Pihak polis telah digunakan sewenang-wenangnya oleh pemimpin-pemimpin yang mahu mengekalkan kuasa UMNO BN bagi menghadapi rakyat yang hanya memperjuangkan satu asas demokrasi iaitu pilihan raya yang adil.

Pihak polis seharusnya mengambil pendekatan yang profesional, bukan profesional yang dikehendaki dan dimaksudkan oleh menterinya Hishamuddin.  Cuba lihat gelagat Hishamuddin dengan angkuh dan sombong melayari ‘facebook’ dan bangga memaparkan gambar beliau sedang meneropong melihat suasana Bersih 3.0 (mungkin dari Bukit Aman) dengan kata-kata beliau ‘MEMIKIRKAN NASIB RAKYAT.  Satu lagi gambar dikeluarkan menunjukkkan Hishamuddin bergambar bersama anggota polis yang pulang dari bertugas. Hishamuddin berkata  'MAGHRIB TADI – WARGA PDRM TETAP BERSEMANGAT – BANGGA SAYA – TABIK'.

Secara jujur dikatakan, pihak polis harus sedar bahawa kuasa yang ada pada kita hanyalah sementara yang dipinjamkan kepada kita oleh Allah SWT, maka gunakanlah kuasa yang diamanahkan kepada kita dengan sebaik mungkin.  Jalankan amanah ini kerana Allah SWT. Bukan untuk menyelamatkan pemimpin yang zalim mengekalkan kuasanya. Mungkin yang kena belasah itu adalah anak, cucu, bapa dan keluarga kita yang terdekat.

Peserta Besih 3.0 yang hampir 350 ribu tersebut  juga menjadi mangsa kepada manusia yang mahu mengekalkan kuasa. Orang   yang tidak bersalah masih  meraung kesakitan akibat cedera dan patah ruyuk, mereka tidak akan melupalkan peristiwa ini. Walaupun pihak polis juga menjadi mangsa, mereka tidak akan memaafkan  apa yang telah diperlaku ke atas mereka.

Mereka kini tidak sabar-sabar menunggu tarikh keramat untuk mencabut kuasa daripada pemimpin flip-flop dan untuk melihat benarkah kuasa yang ada ditangan mereka adalah kuasa mutlak atau kuasa sementara.  Walau apa-apa pun kita semua harus sedar yang menjadi mangsa keadaan ialah peserta Bersih 3.0 dan juga anggota polis yang bertugas.

Ya Allah selamakan kami dan anggota polis dan negara kami daipada orang-orang yang menyalahgunakan kuasa yang kau  amanahkan.  Ya Allah  Dengarilah oleh mu Ya Allah doa-doa orang yang dizalimi.  Kau tariklah kuasa yang ada pada mereka.  Berilah hidayat kepada mereka. AMIN.

No comments:

Post a Comment