IKLAN

Monday, 28 May 2012

Shabery Cheek Jangan Politikkan Kemalangan Drag Himpunan Jutaan Belia Putrajaya

Ping site
Bila ada orang bercakap mengenai sesuatu perkara dituduh untuk mempolitikan.  Begitulah kenyataan  Menteri Belia dan Sukan,  Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.


Apa yang orang ramai mempersoalkan ialah bagaimanakah suatu acara drag yang begitu extreme boleh diadakan di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19.  Drag memerlukan gelanggang yang sesuai bukannya di tempat yang tiada halangan keselamatan untuk penonton menyaksikan acara tersebut.  Ini bukannya pertunjukkan lumba basikal yang hanya memerlukan pagar  plastik sahaja.

Janganlah kerana untuk memeriahkan sambutan Hari Belia Negara untuk mengumpulakn 2 juta belia perkara keselamatan tidak diberi perhatian.   Nampaknya penganjur acara ini mengadakan acara ini asalkan ada sahaja soal lain tidak diambil kira. Tidak dinafikan kemalangan boleh berlaku di mana sahaja, dalam perkara ini tindakan keselamatan harus diutamakan.

Jika dilihat dari sebuah video menunjukan Mitsubishi Lancer Turbo dari tengah melayang ke arah sebelah kiri khemah penonton.  Seramai 17 orang dilaporkan cedera dan empat daripada nya cedera parah dan di rawat di Hospital Putrajaya.   Mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.  Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.

Jangan mempersalahkan penonton kerana berada di tempat yang tidak dibenarkan. Jika ada jaring keselamatan, penonton tidak akan bergerak daripada tempat yang dibenarkan. Di doakan kepada mereka yang kemalangan akan cepat sembuh. Amin.

Lihat Video Tragedi Drag Himpunan Sejuta Belia 2012 Putrajaya.



No comments:

Post a Comment