IKLAN

Tuesday, 29 May 2012

Pakatan Dilarang Guna Lambang Pakatan Kerana Belum Diluluskan Oleh Pendaftar Pertubuhan

Ping site
Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.
 
Kepada pakatan rakyat, usahlah merasakan larangan menggunakan logo sendiri membabitkan pakatan rakyat pada PRU ke-13, ia merupakan satu diskriminasi yang sengaja dilakukan.  Biarlah Wan Ahmad dengan cara beliau, makin banyak beliau bercakap makin terserlah bayang-bayangnya jatuh disebelah mana.


Pada saya ada baiknya juga Pakatan Rakyat tidak menggunakan lambang Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13 yang akan datang. Adalah lebih baik bagi pakatan rakyat menggunakan lambang bendera masing-masing PKR, DAP dan PAS, ini lebih meyakinkan untuk tujuan kemenangan.  Bendera pakatan yang hendak diperkenalkan tersebut terlalu baru yang boleh mengelirukan penyokong pakatan rakyat yang akan membuat pilihan.  Memperkenalkan sesuatu logo sebenarnya mengambil masa sedikit terutama pada pengundi-pengundi tidak kira tua atau muda.

Jika bendera parti masing-masing digunkan ia akan lebih dikenali oleh pengundi yang jelas sudah mengetahui pakatan rakyat terdiri daripada tiga parti DAP (roket), PKR (mata) dan Pas (Bulan).  Biarlah lambang-lambang ini kekal sementara dalam pilihan raya umum ke-13 ini.  Jika di takdirkan Allah SWT pakatan dapat berkuaasa di Putrajaya, maka barulah boleh membuat acara bagi memperkenalkan bendera rasmi Pakatan Rakyat.

Janganlah pakatan rakyat umpama menyalak bukit.  Bukit tetap bukit.  Bukit SPR ini boleh ditarah selepas pakatan rakyat mendapat kuasa. Sabarlah, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment