IKLAN

Friday, 11 May 2012

Lim Guan Eng Dikebumikan?

Ping Blog
Bersimpati kita terhadap  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sejak menerajui Pulau Pinang beliau sentiasa menghadapi berbagai tohmahan dari Ngo-Ngo seperti Perkasa dan lain-lain Ngo sewaktu dengannya.  Ini tidak termasuk beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau. Banyak isu-isu yang sengaja diputar-belitkan terutama isu tapak masjid, surau dan  duit  kebajikan  warga emas RM100 dikatakan duit daripada hasil judi.  Apa yang dilakukan oleh Lim ada sahaja yang tidak kena.

Pada 10 Mei yang lepas kumpulan Perkasa telah melakukan suatu perkara yang menjijikan atau bolehlah dikatakan satu tindakan yang tidak bertamadun iaitu mengadakan protes simbolik dinamakan “upacara pengebumian Lim” di depan rumah Lim sebagai menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pentadbirannya sejak 2008. Upacara ini di ketuai oleh Risuan Asuddin dengan kumpulan 30 orang di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga melambangkan kematian Lim kepada masyarakat Melayu.  Mereka mendakwa Lim mengabaikan masyarakat Melayu dengan membawa poster Lim dan membalingkannya ke jalan raya yang kemudian berhimpun di Komtar selama 15 minit.

Perbuatan ini sungguh memalukan.  Sepatutnya UMNO kena ambil maklum perkara seperti ini. Ini sungguh mencemarkan nama UMNO akibat perbuatan yang dilakukan oleh Perkasa. Kita percaya cara yang dilakukan oleh Perkasa tidak akan menarik sokongan dan  kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional bahkan akan menambah kebencian kepada UMNO BN.  Simpati orang ramai bukan datangnya dari parti Pakatan Rakyat tetapi turut datang daripada orang-oang Melayu,  parti-parti komponen BN seperti Gerakan, MCA, PPP dan MIC.  Perkara yang dilakukan oleh Perkasa bukannya satu perkara yang remeh tetapi ia menggambarkan mereka ini adalah balaci yang menjalankan tugas tanpa befikir panjang akan implikasi yang timbul kepada UMNO BN.

Usahlah cuba sembunyikan sesuatu yang baik telah dilakukan oleh Lim Guan Eng  di Pulau Pinang terhadap masyarakat Melayu dan Agama Islam.  Masyarakat Melayu Pulau Pinang faham orang yang menunjuk perasaan dan mencaci Lim tersebut adalah orang-orang Melayu UMNO yang 'desprate' yang tiada morallangsung untuk sama-sama bertanding dalam sesuatu tender terbuka.  Ini kerana selama ini mereka mudah diberi sesuatu projek atas nama kroni.

Cuba lihat gambar-gambar yang disertakan, orang-orang yang sama menjadi hero menunjukkan mereka adalah pejuang bangsa sedangkan orang Melayu yang tahu hati budi Lim Guan Eng tersenyum melihat gelagat mereka sebagai pejuang katak puru.

Kalau perbuatan serupa ini tidak dihentikan maka setiap kali pilihan raya diadakan  UMNO BN sentiasa berputih mata dan tidak akan  dapat mengambil alih kerajaan Pulau Pinang.  Jadi jangan salahkan rakyat.  Rakyat sentiasa bijak memilih yang mana kaca dan yang mana permata.

Sila baca laporan berkaitan

Gunakan otak atau dikebumikan, kata PAS kepada Perkasa ( klik )

DAP gesa polis ambil tindakan terhadap Perkasa PP  ( klik )

Perkasa shoots itself in the foot in Penang ( klik )

No comments:

Post a Comment