Baru beberapa hari meninggalkan parti DAP bekas Naib
Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim menyeru rakyat supaya memberi sokongan
terhadap pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Beliau meminta member peluang kepada Najib
untuk melihat program tranformasi yang diperkenalkan berhasil.
Begitulah sikap orang-orang yang meninggalkan parti dari parti Pakatan
Rakyat. Selepas menyeberang sahaja daripada jambatan ke tebing sebelah maka bermulalah segala pujian melangit
terhadap parti yang mereka kutuk dulu. Apa yang dilakukan oleh Najib dan kerajaan
sekarang adalah baik. Rakyat harus memberi
sokongan akan usaha yang dilakukan oleh Najib. Biarlah transformasi Najib menampakkan hasilnya.
Sekarang barulah Tunku Abdul Aziz boleh bercakap apa
sahaja yang terbuku dikalbunya. Semasa beliau menyertai DAP beliau sendiri yang memilihnya. Beliau meninggalkan DAP jugadengan kehendak sendiri.
Cuma apa yang ingin kita lihat adakah
Tunku Abdul Aziz mengikut cara yang sama dibawa oleh Ibrahim Perkasa atau Hassan Jati.
Sama-sama kita saksikan.
Sila baca seterusnya ( klik )
No comments:
Post a Comment