IKLAN

Wednesday, 30 May 2012

Plate WWW 1 Sultan Ibrahim Tidak Guna Wang Kerajaan Johor

Ping my blog
Terpanggil untuk mengulas kata-kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dalam twitternya yang menyentuh mengenai kejayaan bidaan nombor plate WWW 1 yang diperolehi oleh  DYM  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan bidaan RM520,000.


Dalam twitternya Nizar menyatakan plate  WWW 1 tersebut takkan nak  diletakkan di kereta proton atau motor.   520K boleh digunakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup untuk bina rumah pprt.

Apa yang saya ingin nyatakan, Nizar tidak harus menegur urusan istana.  Dengan kenyataan Nizar dalam twitternya tersebut, maka orang akan ingat kembali sembah derhakanya kepada Sultan Perak semasa krisis Kanun Tubuh Kerajaan Negeri Perak. 

DYM Sultan juga mempunyai naluri untuk mendapatkan sesuatu yang  indah (WWW 1) dan terpaksa turut sama menyertai bidaan sebagaimana disyaratkan  oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Wang yang digunakan untuk bidaan tersebut bukannya dari wang kerajaan Johor sebagaimana dijelaskan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Sungguhpun Nizar menekankan bahawa tiada terniat langsung bagi beliau menghina Sultan.  Apa yang disuarakan beliau adalah sebagai rakyat biasa. Kenyataan beliau boleh disalah ertikan kerana perkara ini berkait dengan sultan.

Nizar seharusnya  berhati-berhati mengeluarkan sebarang kenyataan. Lihat kenyataan beliau dalam satu ceramahnya berhubung isu perjumpaan Najib dengan Ketua Angkatan tentera  yang menyebabkan beliau dipanggil oleh pihak polis untuk mengambil keterangannya.  

Isu kenyataan Nizar berhubung dengan plate WWW 1 ini tidak habis sehari dua ini bahkan akan berlanjutan menjadi berita sensasi di Media popular. Di Johor Baharu malam tadi 29 Mei satu laporan polis telah pun dibuat di Balai Polis Tampoi oleh Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Pulai, Asyik Rahmat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap beliau berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Lihat kandongan laporan polis yang mengatakan Nizar memfitnah Sultan Johor bahawa baginda menyalahgunakan wang rakyat dalam pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW 1. Ini yang dimaksudkan membuat kenyataan biar berhati-hati. Laporan polis yang dibuat nampak sangat diputarbelitkan, tidak selari dengan twitter Nizar.
 
Oleh itu adalah lebih beradab untuk Datuk Seri Mohamad Nizar memohon merapak sembah keampunan daripada DYM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan keluarganya bahawa apa yang dilafazkan di twitternya tidak berniat langsung untuk  menghina Tuanku.  Ampun Tuanku.

Baca di sini dan di sini.

No comments:

Post a Comment