Seorang anak perempuan berumur 6 tahun bertanya “abah apa itu haram
jadah”. Secara spontan bapanya menjawab ‘maksudnya orang yang cakap itu anak
haram”. Ini adalah antara perkataan
Najib semasa perjumpaan dengan masyarakat Felda di Jengka 8, Jerantut dalam Majlis Sejahtera
Peneroka Bersama Perdana Menteri ketika mengumumkan ‘durian runtuh’ untuk warga
Felda dalam penyenaraian Felda Global Venture Holding Sdn Bhd (FGVH).
Beliau juga menyifatkan kumpulan peneroka yang memfaikan
injunksi bagi menghalang penyenaraian FGVH sebagai pengkhianat seterusnya
mencabar kelompok tersebut supaya tidak mengambil durian runtuh yang diumumkan
tersaebut. Najib seterusnya mahu tengok
muka-muka yang menentang ambil atau tidak duit durian runtuh tersebut.
Najib juga menyatakan pembangkang ketandusan modal untuk dan
mempengaruhi warga Felda dengan tindakan mahkamah dengan tujuan sabotaj usaha
kerajaan.
Najib juga menyentuh hal-hal keluarga Azmin Ali dengan kenyataanya "Sampai anak yang tak pedulikan ibu pun boleh salahkan UMNO. Hebat sangatlah UMNO sampai dalam kelambu pun kita ada pengaruh. Inilah ucapan Perdana Menteri yang sedang mengalami kecelaruan fikiran kerana menghadapi beberapa masalah yang besar menunggu di depan mata.
Najib juga menyentuh hal-hal keluarga Azmin Ali dengan kenyataanya "Sampai anak yang tak pedulikan ibu pun boleh salahkan UMNO. Hebat sangatlah UMNO sampai dalam kelambu pun kita ada pengaruh. Inilah ucapan Perdana Menteri yang sedang mengalami kecelaruan fikiran kerana menghadapi beberapa masalah yang besar menunggu di depan mata.
Jatuh sungguh maruah Najib kerana ingin menunjukkan lagaknya
sanggup memaki puak-puak yang bertentangan dengan ispirasi beliau sebagai ’Haram jadah'. Budak-budak Tadika akan menggunakan perkataan
Perdana Menteri yang dihormati ini ditujukan kepada Najib semula sebagaimana
dijelaskan oleh seorang bapa tersebut di atas.
Harus diingat tidak semua yang cuba dilakukan oleh Najib
dipersetujui oleh warga Felda. Mereka
juga ada hak menentukan masa depan mereka berhubung ladang yang berpuluh-puluh tahun
telah diusahakan. Ini tiada kena mengena dengan sabotaj.
Pengumuman bahawa peneroka
akan mendapat dividen RM1,000 lebih selepas setahun penyenaraian FGVH amat mencelarukan warga FELDA. Lebih-lebih lagi Najib mengatakan jika mahu dijual atau
disimpan saham-saham tersebut mereka masih mempunyai keuntungan.
Ditambah lagi pengumuman durian runtuh
RM15,000 dibayar secara berperingkat tiga kali bayaran kepada ketua keluarga,
ibu dan anak-anak yang tidak tahu bila akan munculnya selain apa yang diterima oleh peneroka yang naik ke pentas dengan mock cheque mereka. Durian gugur berlaku ialah pada pemberian
pink form kepada warga Felda. Lepas itu
nasib warga Felda hanya Allah sahaja mengetahuinya.
No comments:
Post a Comment