IKLAN

Monday, 28 May 2012

Ummi Halfida Dengan Gaya Ceramah Menarik Di Pentas Umno

Free blog ping
Semasa singgah di blog-blog pro-pakatan rakyat, banyak tersiar video ceramah Ummi Halfida yang diadakan disebelah pentas pakatan rakyat di Apartmen Permai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2012 dimana  berlaku peristiwa berdarah kepala kepada seorang warga emas akibat balingan batu.

Cuba perhatikan video ceramah Ummi Halfida yang menunggu tutur kata Nurul Izza di sebelah pentas Umno kemudian di balas dengan maki hamun dan kata-kata kesat terhadap Nurul Izza, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan  Azizah dan kakak iparnya Samsidar. Beliau siap dengan bersumpah di atas nama Allah untuk memberi kepercayaan kepada orang yang mendengarnya.

Inilah jenis wanita yang dibanggakan oleh Umno di usung ke hulu ke hilir ke pentas Umno. Pihak Umno seharusnya  sedar bahawa berbagai perkara telah dilakukan terhadap pakatan rakyat ditambahkan lagi dengan virus UH (Ummi Halfida) yang akan menjadikan Umno akan mati beragan tinggal tulang untuk menghadapi pilihan raya ke-13 yang akan datang.  

Kepada blogger-blogger pakatan rakyat siarkanlah video ini di blog-blog supaya ramai lagi rakyat dapat melihat apakah tugas khas  sebenarnya yang diberikan kepada Ummi Halfida dalam membantu Umno. Kita doakan supaya Allah memberikan hidayah kepada Ummi Halfida supaya balik ke pangkal jalan. Allahu Akbar. Sabarlah.

Baca juga sini, sini dan di sini.

Lihatlah sendiri video ini.




                                   
                                      Ceramah Ummi Halfida di Apartment Permai,
                                       Lembah Pantai, KL pada 25 Mei 2012

No comments:

Post a Comment