Kuala Lumpur 22 Mei 2012. Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR
Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard telah dipertuduh di Mahkamah Majistret
Kuala Lumpur, Jalan Duta bagi dua pertuduhan iaitu pertama melanggar
perintah majistret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April
2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012. Bagi pertuduhan
kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat
jamin persendirian berjumlah RM500 setiap seorang. Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah telah
menetapkan tarikh perbicaraan pada 2 Julai 2012.
Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar bersama ahli parlimen Jelutung, Karpal Singh. Azmin Ali diwakli oleh Sivarasah sementara CheguBard diwakili oleh peguan Lateefa Koya.
Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar bersama ahli parlimen Jelutung, Karpal Singh. Azmin Ali diwakli oleh Sivarasah sementara CheguBard diwakili oleh peguan Lateefa Koya.
Ketika ramai orang memberi tumpuan dan memperkatakan akan kemunculan bekas Peguam Cara
Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin sebagai peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di
mahkamah, tiba-tiba bersuara pula Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang
mempertikaikan perlantikan Datuk Yusuf oleh Anwar Ibrahim menjadi peguambela
untuknya. Ibrahim menuduh pula melantik Datuk Yusuf sebagai satu kepentingan politik dan mengelarkan Anwar sebagai political
animal.
Apa yang dikatakan oleh Ibrahim
sebenarnya kena ke muka beliau sendiri. Beliaulah sebenarnya political animal. Anwar melantik Datuk Yusuf tersebut bukannya percuma tetapi beliau di
upah kerana memberikan perkhidmatan seorang peguam dari sabuah firma guaman.
Ibrahim
menambah "Bagi saya tidak ada apa-apa
yang menarik di sini. Dulu dia berkhidmat dengan kerajaan dan sekarang dia
sudah bersara. Sebagai seorang peguam jika ada orang menawarkan bayaran yang
bagus pastinya mereka akan mempertahankan individu tersebut,"
Tau tak apa. Apa nak dikecohkan. Itu hak Anwar, kalau
Ibrahim Ali ada firma guaman mungkin Anwar juga akan lantik Ibrahim untuk
membelanya dengan diberi upah. Tapi tak mungkin berlaku. Jauh panggang dari api, semua rakyat Malaysia
tahu standard Ibrahim Ali. Ibrahim
boleh suarakan apa yang terbuku dihatinya untuk menunjukkan beliau Perkasa dan tak puas dengan itu tubuh Juara
nak jadi Juara. Semua orang faham
No comments:
Post a Comment