IKLAN

Monday, 21 May 2012

Rais Yatim Kata Kehadiran Sambutan Bersih 3.0 Angka Kehadiran Gah Untuk Tipu Rakyat

Ping Blog
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah hendak berlawan angka antara kehadiran peserta himpunan Bersih 3.0 pada 28 April dengan Gelombang Merah di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika sambutan ulangtahun ke 66 Umno pada malam 11 Mei 2012.

Rais mengeluarkan angka kehadiran peserta  Bersih  3.0 berjumlah 22,270 sahaja  berdasarkan kepada kiraan sistem blok fotografi yang digunapakai oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) iaitu berlawanan dengan apa yang diumumkan oleh penasihat PKR dan Ketua Pembangkang  Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia mencecah ratusan ribu.

Rais dengan sinis meminta pembangkang bersikap jujur mengenai jumlah orang yang hadir sebarang majlis pembangkang. Jangan menjadikan kehadiran mencapai beratus ribu sebagai gah dan menyatakan sesuatu yang tidak benar kepada rakyat Malaysia.

Rais juga mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya dengan mengira setiap sentimeter geraf sesuatu gambar.

Sungguh tidak menyangka, rupanya Rais mengambil berat juga berhubung dengan kehadiran atau sambutan rakyat terhadap Bersih 3.0 di Kuala Lumpur dua minggu lepas. Kita hendak juga mengetahui dari sudut manakah jurugambar Bernama memfokuskan kamera mereka.  Adakah mereka di tempatkan disetiap sudut, lorong,  jalan, bawah jambatan di tepi sungai Gombak dan sebagainya.  Suara Bernama sama juga dengan akhbar dan saluran-saluran TV harta pesaka datuk nenek Umno yang akan memutar-belitkan apa sahaja keluar dari fakta sebenar.

Sebab itulah rakyat mahu pelaporan berita mestilah dengan fakta bukannya dengan auta.  Pihak TV sepatutnya tunjukkan atau fokuskan kepada kehadiran peserta tersebut dengan jujur, jangan sembunyikan.  Kalau disiarkan secara langsung perhimpunan Bersih tersebut rakyat tidaklah tertipu. Yang menipu bukannya pembangkang  tetapi kerajaan. Lepas itu tuduh pembangkang cuba tunjuk gah dengan angka yang besar untuk tipu rakyat.

Kita juga mahu mendapatkan angka samada Bernama telah buat kiraan secara sistem blok fotografi jumlah kehadiran Himpunan Hijau Lynas di Kuantan, ceramah-ceramah pakatan rakyat, ceramah Ustaz Azhar Idrus (gambar) dan sebagainya yang melibatkan pembangkang.  Kalau belum sila buat  supaya rakyat tahu siapakah  raja penipu dalam Malaysia.

Bermuhasabah dirilah.  Jambatan yang dibakar dulu masih ada baranya  dan  hitam arangnya.




No comments:

Post a Comment