IKLAN

Monday, 14 May 2012

Najib Flip-Flops Lagi Tarikh Pilihan Raya Ke-13

Blog Ping Tool
Datuk Seri Najib seolah-olah tidak sabar-sabar untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi memperkenankan pembubaran parlimen ketika berucap di malam Gelombang Merah sempena ulangtahun Umno ke-66 pada malam 11 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malam tadi (13 Mei) diberitakan Najib dan Rosmah (gambar) berlepas ke London untuk menghadiri jemputan Putera Charles bagi satu majlis penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.  Selapas ini Najib akan ke UAE dan membuat lawatan ke Usbekistan.

Dengan flip-flops Najib tersebut bertambah ramailah orang yang demam untuk menunggu tarikh pilihan raya. Sebenarnya orang yang demam tersebut adalah orang-orang Umno terdiri daripada akar umbi yang fanatik sehinggalah kepada pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional.

Pemimpin-pemimpin BN yang demam kerana khuatir nama-nama mereka tidak tersenarai dalam senarai calon boleh menang atau winnable candidate.  Ini kerana Najib telah memaklumkan calon dipilih tidak semestinya dari yang memegang jawatan ketua bahagian. Pilihan boleh  dibuat terdiri daripada orang yang tidak memegang jawatan dalam parti seperti profesional, pakar akedemik dan seumpamanya.

Kerisauan ini juga timbul sekiranya mereka terpilih menjadi calon yang dianggap sebagai calon boleh menang tetapi kecundang dalam pilihan raya tersebut. Kacau.  Ada juga antaranya memikirkan sekiranya mereka  (individu) menang dan rakan-rakan dalam BN kecundang dan tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan memerintah. Ini bala.  Semua senario yang dipaparkan membuatkan ada yang tidak dapat melelapkan mata.  Kalau lelap pun umpama tidur-tidur ayam, separuh bermimpi separuh berjaga.  Tidur pun boleh bercakap.

Sekiranya Barisan Nasional kecundang, banyak implikasi yang harus dihadapi.  Yang bercakap mulut macam trumpet menjadi halus suaranya, yang melompat katak tidak boleh bergerak, yang gagah perkasa menikus, yang berkuasa badang hilang bersembunyi. Umpama anak ayam kehilangan ibu tiada tempat untuk mengadu.  Yang berjawatan kehilangan kuasa.  Duduk meratap subuh ke senja.

Pihak pakatan sentiasa menjadi anak jantan menunggu kejantanan Najib membubarkan parlimen untuk beradu di peti undi.  Mereka sentiasa bersedia samada dicalon atau tidak, mereka akan bersetia bergabung tenaga untuk menentukan kemenangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Mereka akan menunjukkan bagaimana utuhnya perpaduan dalam Bersih 1, 2 dan 3.0 begitu jugalah akan ditunjukkan satu keputusan di luar dugaan pada peti undi.  InsayAllah  setiap yang baik itu disukai dan dirahmati Allah. 

Mulai sekarang pihak pakatan akan menjauhi  demam puak-puak Umno BN tersebut.  Mereka akan teruskan kehidupan harian seperti biasa, bak kata perpatah gunung dikejar tidak akan lari hilang kabus nampaklah ia. Amin.

No comments:

Post a Comment