Ketua UMNO Lembah Pantai, Raja Nong Chik Raja Zainal
merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata insiden
membaling batu di ceramah pakatan rakyat pada 24 Mei (Khamis) kemungkinan dilakukan oleh
orang-orang yang diimpot dari luar di bawa masuk ke ceramah di Apartment
Permai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Inilah kenyataan lawak bodoh. Setiap ceramah yang diadakan oleh pakatan rakyat
tujuannya adalah untuk menyampaikan maklumat terkini kepada penyokong-penyokong parti yang berminat mendengarnya walaupun datang dari kawasan luar dari Lembah
Pantai. Mereka datang sendiri tidak perlu diupah. Mereka ingin mendengar isu-isu
yang tidak akan disiarkan dalam media penjilat.
Dari awal jalan masuk ke Apartment Permai terdapat berbagai
ragam dilkukan oleh pemuda Umno berbaju merah yang membawa sepanduk menghina Anwar dan
partinya PKR sebagai menunjukkan lagak samseng. Permulaan ceramah Nurul Izza telah diganggu
dengan memutuskan sambungan letrik. Ini menunjukkan niat mereka untuk melakukan
sesuatu telah ada. Janganlah pula buat kenyataan kenapa tak cekup orang yang
diimpot tersebut.
Dengan menuduh perbuatan membaling batu dilakukan oleh orang
luar adalah satu tuduhan yang tidak bertanggung jawab. Bagaimana mungkin
pakatan rakyat mengadakan ceramah merosakkan sendiri majlis ceramah mereka. Pihak pakatan rakyat tidak langsung untuk
membalas kata-kata Ummi Halfida di
pentas Umno bersebelahan majlis pakatan yang dipisahkan oleh pagar.
Lihat video yang menunjukkan jarak ceramah kedua-kedua
pentas tersebut di apartment jaraknya hanya 10 metre sahaja. Pihak polis juga berada
diantara pagar yang mengawal dan memerhatikan keadaan tersebut, mereka tidak memperdulikan pihak polis yang bertugas dipagar tersebut. Jika diteliti pada video tersebut nampak sangat
niat mereka untuk melakukan provokasi untuk beradu kekuatan.
Cuba Raja Nong Chik lihat sendiri video yang disedikan. Inikah belia yang dibanggakan oleh Ketua
Umno Lembah Pantai yang mengatakan anak buahnya beradab dan beliau tahu hati
budi mereka. Kalau beradab mengapakah
Adam Adli ditumbuk di flat Kampong Kerinci. Adakah yang menumbuk Adam Adli tersebut
orang yang diimpot.
Carilah alasan apa sekali pun orang faham. Datuk Shahrizat juga faham jika tidak masakan
beliau mengatakan pemimpin Umno semuanya bermasalah. Apa yang diperkatakan terhadap Shahrizat
rupanya berbalik kepada diri sendiri.
Allah Maha kaya dan Maha mengetahui.
Baca pendapat di sini.
Lihat video menunjukkan pemuda Umno mengganggu
ceramah Anwar di Apartment Permai, Pantai Dalam
Baca pendapat di sini.
Lihat video menunjukkan pemuda Umno mengganggu
ceramah Anwar di Apartment Permai, Pantai Dalam
No comments:
Post a Comment