IKLAN

Friday, 25 May 2012

Gangguan Pemuda Harapan Bangsa UMNO Dalam Majlis Dan Ceramah Pakatan Rakyat

Blog Ping Tool
Putrajaya menyambut Hari  Belia Negara  buat kali kedua. Sambutan Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23  hingga 27 Mei 2012. Berbagai acara di atur bagi menyemarakkan perhimpunan tersebut bagi mengharapkan kali ini 2 juta belia akan  mengambil bahagian.

Sebelum perhimpunan Jutaan Belia, pada 20 Mei (AHAD) sekumpulan 300 belia Pemuda UMNO, Perkasa, Perkida dan Ngo menyokong Umno yang dikepalai sama Ahli Parlimen BN Jasin,  Dato’ Ahmad Hamzah, Adun Sungai Rambai, Dato’ Hassan Rahman; Adun Merlimau, Roslan Ahmad dan Adun Serkam, Dato’ Ghazale Mohamad telah mengganggu Majlis Hi-Tea Pengerusi Bersih, Dato’ Ambiga yang diadakan di Markas Pas As-Solihin, Melimau, Melaka.

Mereka telah memaki hamun pengunjung yang memakai lencana lambang  parti pakatan rakyat dengan pekikan dari jalan masuk ke kawasan majlis dengan membaling telur busuk, air busuk dan menendang orang yang melalui kawasan itu termasuk warga emas.   


Sebagaimana dirancang majlis berjalan terus dengan ucapan beberapa pemimpin pakatan rakyat terdiri daripada Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari, Timbalan Pesuruhjaya 1, Ustaz Kamarudin Sidek; Ketua Dewan Perhimpunan  Penyokong Pas Melaka, Raja Shanmugam, Adun Bandar Hilir (DAO), Tey Kok Kiew; Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin. Dato S Ambiga tidak hadir pada majlis tersebut atas nasihat pihak polis. 

Selesai majlis berkenaan perusuh-perusuh masih berada di kawwasan tersebut dengan membaling botol air, telur busuk dan  kayu terhadap kereta yang keluar dari kawasan tersebut yang menyebabkan beberapa kereta rosak dan tayar dipancitkan.  Pihak polis diberitakan hanya memerhatikan gelagat perusuh-perusuh tersebut tanpa mengambil apa-apa tindakan awal.
  
Keganasan pemuda berbaju merah ini terus pula  berulang, kali ini  berlaku di ceramah pakatan rakyat di Lembah Pantai pada malam 25 Mei (Jumaat) . Kira-kira 80 orang pemuda menunggu di pintu masuk kawasan ceramah pakatan rakyat dan pada masa yang sama pihak Umno juga mengadakan ceramah mereka di bersebelahan yang dihadiri sama oleh Umi Halfida.

Ceramah pakatan rakyat diganggu dengan memutuskan bekalan letrik semasa Nurul Izza memulakan ceramah. Kemudian mereka membaling telur busuk, air botol mineral dan batu.  Dalam kejadian ini seorang warga emas cedera di kepala dan seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun cedera di tangan. 

Dua insiden tersebut sungguh memalukan.  Bermulalah politik samseng dalam era baru politik tanahair. Inilah jenis pemuda  yang dibanggakan oleh Umno yang berharap dapat memenuhkan Dataran Putrajaya selama 5 hari di Himpunan Jutaan Belia.  Mereka inilah yang ditanamkan cintakan Umno hidup mati Melayu kerana Umno. Jika Umno kecundang kuasa orang Melayu hilang tempat bergantung. 

Kedua-dua insiden di Merlimau dan Lembah Pantai ada perbezaanya.  Di Merlimau perusuh-perusuh tersebut terdiri daripada  Pemuda Umno, Perkasa, Perkida dan Ngo menyokong Umno terang-terang di dalangi oleh pemimpin Umno Melaka yang turut mengambil bahagian mengepalai perusuh-perusuh tersebut. Berlainna dengan di Lembah Pantai ianya umpama baling batu sembunyi tangan.  Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin  menafikan perbuatan pemuda-pemuda tersebut atas arahan Umno sementara naib ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Mohd Azuz Razak  menyatakan pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi dan berharap perkara sedemikian tidak berlaku di masa depan. Sudah tentulah yang bertanggungjawab pemuda-pemuda berbaju merah yang menunggu jalan ke ceramah pakatan rakyat.

Harus dipuji sikap penyokong pakatan rakyat yang tidak bertindak membalas terhadap pemuda-pemuda harapan bangsa Umno tersebut.  JIka dilihat daripada video pendek semasa kejadian di Lembah Pantai tersebut kelihatan Dato Seri Anwar Ibrahim  telah bertindak  menasihatkan penyokong pakatan rakyat  bersabar dan  bertindak membalas provokasi tersebut dan menyerahkan pada malam tersebut sebagai saksi tindak tanduk Umno tersebut.

Najib akan tersenyum dan  berbangga melihatkan jutaan belia hadir disambutan belia negara di Putrajaya dan mungkin menganggap isu kegananasan belia Umno yang merusuh dan mengganas di ceramah pakatan rakyat sebagai satu isu yang remah.  Isu yang remah inilah yang menjerat leher Umno BN yang tidak akan bangkit kelemasan dalam pilihan raya ke 13 yang akan datang.  Hanya Allah yang mengetahui.

Sila baca (sini), (sini) dan (sini)


No comments:

Post a Comment