Barisan Nasional akan kalah teruk dalam pilihan raya ke 13
yang akan datang. InsyaAllah. Datuk Seri
Najib amat sukar untuk memilih tarikh
untuk mengadakan pilihan raya. Waktu
sudah suntuk. Tempoh yang ada sehingga
April 2013, tidak sampai pun setahun.
Dapat kita rasakan apa yang ada dalam benak Najib. Menunggu lama lagi mendatangkan mudarat pada
dirinya sendiri. Membubarkan parlimen yang terpaksa dibuat juga bakal
mengundang risiko yang harus diterima.
Najib telah mencabar pihak pakatan rakyat dalam banyak
perkara. Semasa mengumumkan durian runtuk
kepada warga Felda di Jengka 8, Jerantut beliau meminta pembangkang jadi anak
jantan berlawan dalam peti undi dalam pilihan raya. Inilah yang ditunggu bukan sahaja pakatan
rakyat tetapi oleh rakyat jelata untuk sama-sama mahu menunjukkan anak jantan
dan anak betina. Tetapi Najib sendiri
kecut perut untuk membubarkan parlimen.
Pada perhimpunan gelombang merah sempena ulangtahun Umno
ke-66 (sebenarnya 24), Najib yang mentafsirkan kehadiran ramainya orang yang
hadir pada malam itu sebagai sokongan bertambah kepada Umno, sekali lagi
mencabar pembangkang jika boleh mengadakan perhimpunan di stadium seperti Umno
adakan mendapat sambutan ramai.
Sebenarnya rakyat yang menonton TV di tipu oleh TV1 dan TV3 yang tidak
sanggup memfokuskan kamera mereka ke tempat duduk kosong. Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapaksiti
83 ribu tempat duduk tidak pun penuh.
Jika diambil kira hanya terdapat kira-kira 40 hingga 50 ribu orang
sahaja, senak saja kalau untuk membandingkan penyertaan Bersih 3.0 pada 28 April
yang lepas. Walaupun diangkut dengan
bas, diberi duit poket dan T Shirt
percuma tidak juga dapat memenuhkan stadium Bukit Jalil.
Tunggulah pada 1 June 2012 yang akan datang “kata
bersahut, gayung bersambut” pihak parti Pas akan mengadakan himpunan raksaksa
di Alor Setar, Kedah sebagai menggantikan Muktamar Pas yang ditunda pada November depan
untuk menunjukkan kepada Najib bahawa penyokong Pas tak perlukan polis, polis
tak tension, polis senyum sahaja apabila himpunan ini diadakan kelak.
Berbalik kepada tarikh pilihan raya dan kecundangnya Barisan
Nasional dalam pilihan raya ke 13. Kata
Najib oleh kerana sekarang banyak orang telah demam pilihan raya maka beliau
tidak sabar-sabar untuk mengadap Yang DiPertuan Agong. Sebenarnya bukan orang demam menunggu tarikhnya tetapi orang tidak sabar
menunggu tarikh keramat tersebut. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional juga tidak
sabar-sabar menunggu tarikh pilihan raya diumumkan untuk menempah tikit keluar negara selepas
sahaja mereka membuang undi. Mereka seolah-olah
telah dapat merasakan nyawa BN sedang
ditarik perlahan-lahan untuk
dikuburkan. Biarlah berita duka
kekalahan BN kelak diterima mereka semasa di luar negara.
Orang bijak pandai dan orang yang rajin meneliti meramalkan
BN akan kecundang. Pakatan Rakyat
InsayaAllah akan mengambil-alih Putrajaya.
Ramalan orang bijak pandai kemenangan pakatan rakyat pada kerusi Palimen dan Negeri akan saya disiarkan pada malam
sebelum mengundi InsayAllah.
Ingatlah kepada Allah SWT.
Berdoalah kepadanya supaya pengundi-pengundi dapat bertenang dalam
membuat keputusan. Ada satu kejadian
yang perlu diturunkan di sini untuk mengingatkan diri kita akan kekuasaan
Allah. Dua minggu lepas ipar saya datang
ke Kuala Lumpur untuk mengambil anak perempuannya yang belajar di Nilai untuk
dibawa menjalani pelajaran praktikal di Ipoh.
Beliau menggunakan kereta Proton Saga BLM. Dalam perjalanan sebelum sampai di R&R
Tapah kereta beliau berasap. Kerana tidak
yakin beliau patah balik semula ke Ipoh untuk meminjam kereta kawan bagi meneruskan
perjalanan. Kawannya telah meminjamnkan
kereta kepadanya jadi dapatlah meneruskan perjalanan ke Nilai. Kira-kira jam 3 petang saya menerima
panggilan talipon mengatakan kereta yang dipinjamnya rosak. Jadi terpaksalah saya membantunya. Iktibar dari cerita
tersebut ialah Allah SWT telah menetapkan bahawa Qada dan Qadar pada hari itu
apa cara sekalipun kamu buat gunakan kereta kamu, pinjam kereta kawan kalau
Allah kata rosak, tidak dapat kita elak pasti rosak juga.
Begitulah perbandingan yang akan berlaku dalam pilihan
raya akan datang walau apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional untuk memenangi dalam pilihan raya akan datang, jika kata Allah TIDAK maka TIDAK akan berlaku kemenangan yang di rancang
tersebut.
Cukuplah setakat kuasa yang dipegang selama 66 tahun yang dikurniakan oleh Allah SWT. Berilah peluang kepada orang lain untuk
mentadbir sebuah negara dengan jujur adil dan saksama. Kerajaan-kerajaan yang ada di dunia ini yang
terlalu lama memerintah telah satu persatu turun menyembah bumi dari kekuasaan
mereka. Mereka juga tidak menyangka
kuasa mereka boleh jatuh sebegitu rupa. Selama ini pemimpin-pemimpin soalah-olah hilang akidah mereka menganggap UMNO saja boleh
memerintah dan memberi serba-serbi
kemakmuran kepada rakyat.
Ingatlah kuasa
yang ada hanyalah kuasa TOL dan bukan milik kekal. AllahuAkbar.
No comments:
Post a Comment