IKLAN

Thursday, 24 May 2012

Budak-budak Jamal Bawa Bala Untuk Umno BN

Blog Pinger Free
 
Cukup seronok melihat gelagat budak-budak umpama ‘setengah tiang’  yang diketuai oleh Datuk Jamal mengadakan aksi-aksi mereka di hadapan rumah  S. Ambiga dengan bermotor membuat hingar-bingar.  Maka dapatlah mereka habuan RM10 ke RM20 daripada orang kaya. 

Selalu begitulah jika orang berduit mengepalainya maka ramailah budak-budak berduyun seperti semut menghurung gula.  Kita sebenar tidak faham apakah tujuan Jamal mengadakan acara tersebut.  Hampir semua peniaga kecil di Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan tindakan Jamal.  Ada yang menyuarakan sekiranya mahu berpolitik masuk politik jangan gunakan nama persatuan peniaga kecil Jalan Tuanku Abdul Rahman (Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL).


Seluruh rakyat Malaysia melihat gelagat-gelagat budak-budak ini.  Hampir kebanyakan pelayar facebook mengutuk perbuatan mereka.  Sebenarnya mereka silap, bangsa asing menganggap ianya satu perbuatan perkauman terhadap seorang wanita berbangsa India.  Kalau Umno BN hendak mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya ke-13 ini umpama jauh panggang dari api.  Perbuatan menjual burger,  senaman punggung, tindak-tanduk Jamal Bersih 4.0 menjual tapak di kawasan rumah Ambiga dan budak-budak motor sebenarnya mengundang bala untuk Umno BN.  Sebab itulah timbul beberapa kegusaran di kalangan pemimpin Umno BN terutama Setiausaha Agong Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor juga membantah rancangan membuka gerai di hadapan rumah Datuk S Ambiga di Bukit Damansara selama dua hari mulai 24 Mei.

Kebanyakan orang ramai bersimpati terhadap Ambiga.  Simpati mereka tetap akan membuahkan hasil apabila parlimen dibubarkan seterusnya pilihan raya diadakan. Bukan orang yang sebangsa dengan Ambiga yang bersimpati tetapi orang Melayu dan Cina dan rakyat Malaysia keseluruhannya tetap memerhati perkara ini.

Ada suara-suara telah kedengaran untuk mengambil langkah memboikot Kedai Ikan Bakar Sekinchan (24 outlet) kepunyaan Jamal sebagai tanda bersimpati kepada Ambiga.  
Ramai yang menunggu sambungan daripada provokasi ini. Tuhan sahaja yang mengetahui.

No comments:

Post a Comment