IKLAN

Saturday, 5 May 2012

Sambutan Ulangtahun Ke-66 UMNO Tanda Kekuatan Parti?

Ping Blog
UMNO akan menyambut ulangtahun ke-66 pada 11 hingga 13 Mei 2012. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

Sebenarnya  ahli UMNO telah diracun pemikirannya oleh tiga orang presidennya bermula dari Tun Mahathir, Tun Abdullah dan sekarang disambung oleh Datuk Seri Najib pada setiap kali menyambut ulangtahun UMNO.  Kini Najib mengatakan UMNO sudah 66 tahun memperjuangkan nasib kaum bumiputra.

Janganlah lupa UMNO telah diharamkan pada tahun 1988 oleh Hakim Harun Hashim dalam satu keputusan mahkamah.  UMNO menjadi satu pertubuhan  tidak sah hasil daripada tindakan sivil oleh kumpulan 11 orang ahli UMNO atau kumpulan UMNO 11.  Mahathir kemudian telah mendaftarkan semula UMNO dan diluluskan pendaftarannya pada 13 Februari 1988 sebagai UMNO Baru.  Bendera UMNO masih sama cuma diubah kedudukan kerisnya saja.

Dengan ini jelas UMNO sekarang ialah UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir jika dikira umurnya baru mencapai umur 24 tahuan  dan bukan 66 tahun sebagaimana diwarwarkan keseluruh pelusuk tanah air.

Kita lihat perjumpaan yang dirancang sebegitu besar nanti yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, tidak cukup tempat untuk meletakkan bas-bas yang mengangkut orang-orang dari seluruh negara untuk memenuhkan stadium dan  mungkin dilimpahkan sebahagiannya keluar stadium untuk menunjukkan bahawa UMNO masih mendapat sokongan rakyat. Ada kawan-kawan dari kampong yang memang anti-UMNO memberitahu mereka akan datang ke Kuala Lumpur tumpang bas yang disediakan oleh UMNO.  Bas free, makan free yeob, balik naik bas sambung le kita we.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Najib  perhimpunan yang diadakan nanti  membuktikan bahawa ribuan anggota parti UMNO  mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.  Inilah satu kenyataan kebodohan seorang Perdana Menteri seolah-olah hendak membandingkan dengan himpunan duduk bantah Bersih 3.0 yang datang dengan sukarela atas perbelanjaan sendiri.  Untuk memperbodohkan rakyat bahawa himpunan Bersih 3.0 mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Siapakah yang berkuasa ke atas  pasukan polis?  Jika tidak kerana arahan yang dikeluarkan bolehkah pihak polis mengambil tindakan kejam seperti dirakamkan.

Banyak kenyataan yang beliau buat merupakan kenyataan flip-flops.  Kenyataan yang apabila dibuat mendapat kritikan seluruh rakyat.  Sabarlah.

No comments:

Post a Comment