Tun Mahathir kata beliau
sedih melihatkan nasib Melayu di Pulau Pinang.
Masyarakat Melayu di sini daif walaupun di sekelilingnya terdapat
bangunan cantik dan moden. Senario ini
tidak sepatutnya berlaku di negeri majoritinya penduduk Melayu seolah-olah Melayu
menjadi penduduk minoriti tidak mampu hidup selesa berbanding bangsa lain. Beliau berkata demikian dalam satu majlis
Bicara Minda anjuran Perhubungan Veteran
UMNO negeri Pulau Pinang pada 20 Mei lepas.
Mahathir menyatakan lagi
beliau bimbang keadaan yang sama akan merebak ke negeri-negeri lain jika orang
Melayu tidak berbuat sesuatu.
Itulah kata-kata Mahathir
seorang pejuang Melayu juga Perkasa. Dulu Mahathir kata Melayu mudah lupa,
sebenarnya beliaulah orang yang mudah
lupa ke sana ke mari bercakap soal nasib Melayu. Mahathir lupa selama 51 tahun BN berkuasa di
Pulau Pinang, apakah agenda yang telah dilakukan untuk kesejahteraan orang Melayu dan
agama Islam. Bila sudah terantuk baru terngadah.
Semasa BN berkuasa di Pulau Pinang orang Melayu sentiasa gelisah dan
membawa isu kemunduran mereka kepada kerajaan di Pulau Pinang dan juga Persekutuan, sayang suara
mereka tidak diperdulikan.
Dulu semasa BN berkuasa, semua ketua
menterinya adalah berbangsa Cina dan timbalam ketua menteri terdiri daripada orang Melayu. Kini ketua menterinya Cina juga. Tetapi tidak sama Cina dulu dengan Cina Lim Guan Eng.
Lim sentiasa berusaha mengubah nasib
Melayu dan juga menjaga agama Islam. Memberi bantuan
pada warga emas, mengadakan peruntukan agama islam yang besar yang dulu semasa
BN diperuntukan RM12 juta kini bajet 2012 untuk agama islam mencecah RM60 juta. Baru-baru ini pula disediakan tanah nilainya
hampir RM5 juta di wakafkan menjadi tanah perkuburan islam. Kalau kelompok BN
dapat tanah yang hendak diwakaf, akan diwakaf seorang sedikit menjadi wakaf kroni.
Sepatutnya Tun harus lihat bagaimana sambutan orang Melayu ketika
Ustaz Azhar Idrus berceramah, puluhan ribu orang datang mengubah Padang Kota, Pulau Pinang dari kebiasaannya sebagai tempat
memancing, berlibur, lepak dan pertemuan muda-mudi menjadi tempat berkumandangnya suara azan,
bersembahyang dan mendengar ceramah.
Begitulah juga akan ditunjukkan oleh masyarakat Melayu Pulau Pinang pada
pilihan raya akan datang untuk kekal mengundi DAP dan Pakatan Rakyat, menolak MCA, Gerakan
dan Perkasa?.
Oleh itu Tun jangan bersusah payah berkempen untuk BN Pulau Pinang, sebab rakyat Pulau Pinang
berbagai bangsa telah bulat tekad mereka akibat daripada tindakan-tindakan
ganas Perkasa dan NGO sewaktu dengannya mengganggu dan menghina pimpinan Lim Guan
Eng.
No comments:
Post a Comment