Rakyat tidak boleh membuat eksperimen terhadap nasib dan
masa depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan membuat
keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak menentu seandainya parti
dipilih belum bersedia.
Itulah kenyataan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz
Tunku Ibrahim dalam satu sidang akhbar di rumahnya di Sri Damansara, Kuala
Lumpur. Sama sahaja kenyataan
orang-orang yang meninggalkan parti pakatan rakyat seperti Hassan Ali buat
kenyataan akhbar di rumah masing-masing untuk menghentam parti yang mula menjadi
platform berpolitik.
Rakyat Malaysia yang mengubah senario politik dalam pilihan
raya ke-12 tahun 2008 bukannya
bereksperimen tetapi ingin mengubah secara total pemerintahan negara, walau
bagaimanapun masih belum diizinkan Allah.
Mungkin Tunku tidak nampak atau buat-buat tak nampak negeri-negeri yang
diperintah oleh pakatan rakyat, adakah telah terjerumus ke dalam situasi tidak
menentu?. Selama 55 tahun Malaysia telah diperintah oleh Barisan
Nasional yang dikemudikan oleh Umno, berbagai kemungkaran telah timbul dan
berlaku yang menjadikan rakyat Malaysia menjadi muak serta membuka minda mereka
seluas-luasnya bagi mengubah kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
Rakyat telah nampak kejujuran pemerintahan dan pemimpin
pakatan rakyat yang memerintah negeri-negeri Kedah, Selangor, Kelantan dan
Pulau Pinang (Perak telah rampas) yang dimajukan dengan tanpa rasuah dan memberikan
kebajikan kepada rakyat.
Cuba lihat apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Lim Guan
Eng dengan menggunakan budak-budak Perkasa, Pekidah dan Ngo-ngo mengganggu dan
memburuk-burukkan pimpinan Lim Guan Eng hampir setiap bulan di P. Pinang. Puak BN sedar dengan gaya dan corak pimpinan Lim ketika ini telah
memusnahkan harapan Barisan Nasional untuk mendapatkan semula P. Pinang. Adakah Tunku tidak mengetahui atau sedar apa yang berlaku di P. Pinang.
Orang-orang Melayu P. Pinang sudah dapat menilai inilah
orang bukan Islam yang boleh memimpin dan memberi kebajikan kepada masyarakat
Melayu, agama Islam dan rakyat lain di P.Pinang.
Adakah pemilihan rakyat terhadap Lim Guan Eng pada pilihan raya lepas untuk P.Pinang sebagai satu
eksperimen?
Begitu jugalah di Selangor, Kedah dan mengekalkan Kelantan
dalam pakatan rakyat, adakah itu juga satu eksperimen yang menyebabkan kehidupan rakyat
di negeri-negeri tersebut tidak menantu.
Kenyataan seperti ini tidak pernah didengar dari Tunku Abdul
Aziz semasa dalam DAP, selepas menyeberang jambatan dan sampai di seberang sana
maka terdengarlah perkataan “jangan jadikan satu eksperimen dalam memilih
kerajaan dalam pilihan raya yang akan datang.
Bila sampai di seberang baru kata dipaksa meletakkan jawatan dari
parti DAP hanya berdasarkan kata-kata Lim Kit Siang jawatan senatornya mungkin tidak
diperbaharui. Itu jawatan senator bukannya
minta letak jawatan. Sebenarnya beliau sudah tidak selesa untuk bersama DAP
kerana jiwanya berkobar-kobar untuk menyokong Najib dan Umno BN.
Semasa permulaan kerajaan Perikatan memerintah Malaya adakah Tunku Abdul Rahman dan
Tun Abd Razak mempunyai pengalaman memerintah?.
Begitu juga dalam soal pakatan rakyat, walau bagaimana pun mereka sekarang mempunyai pengalaman kerana telah berada dalam
pemerintahan kerajaan negeri-negeri dan sebagai pembangkang dalam kerajaan sekarang.
Apa masalahnya.
Ingin juga disentuh, apakah hak
Tunku Abdul Aziz beria-ia sangat meminta Pakatan Rakyat menunjukkan Kabinet Bayangan
mereka. Apa perlunya. Adakah Najib akan
buat senarai Kabinet bayangan mereka untuk pilihan raya ke-13 jika Tunku memintanya berbuat demikian?. Tanyalah Najib.
Sepatutnya perletakkan jawatan daripada DAP tersebut
dijadikan satu landasan terbaik untuk menyuarakan kepada jalan kebaikan dan
meminta rakyat mengubah kerajaan yang rasuah kepada tidak rasuah dan membetulkan
sistem pemerintahan kepada yang amanah dan adil dan bukan menggalakkan rakyat
menyokong Umno BN yang telah terbukti berpenaglaman memerintah secara tidak
jujur dan rasuah.
Kita tunggu ada kenyataan akhbar Tunku Abdul Aziz dibuat di
rumahnya selepas ini untuk pujian melangit pemerintahan Datuk Seri Najib. Mentelah Najib telah membuat kenyataan di majlis Invest Malaysia 2012 bahawa pembangkang tidak akan tunai janji-janji pilihan raya. Pilihan raya belum ada bagaimana janji nak dikota.
Allah sahaja yang mengetahui.
No comments:
Post a Comment