Siapakah sebenarnya yang mahu melakukan kekacauan ala 13 Mei 1969? Adakah parti Pakatan Rakyat akan melakukan
kekacauan?. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam kenyataannya kepada anak-anak muda supaya bersatu di bawah Barisan Nasional untuk
mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.
Dengan kata-kata itu seolah-olah peristiwa tersebut akan berlaku
sekiranya sokongan tidak diberikan kepada Barisan Nasional sebaliknya kepada
pakatan rakyat. Itulah maksud sebenar Muhyiddin.
Dari kenyataan-kenyatan pemimpin Umno seolah-olah parti DAP yang menjadi
pencetusnya. Kenyataan Lim Kit Siang,
Ahli Parlimen Ipoh Timur bahawa pakatan pembangkang sedia memberi kerjasama penuh dengan BN untuk mengelakkan
rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang telah diulas oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan
Mansor yang mahu pihak pembangkang perlu melaksanakan apa
yang mereka maksudkan dan bukan sekadar memberi janji manis semata-mata. Ulasan sinis Tengku Adnan umpama
mahu mendapatkan pengakuan Lim supaya perkara ini tidak berlaku.
Sebenarnya orang ramai sangat faham mengapakah perkara sensitif perkauman ini dicanang dan dicanai akhir-akhir
ini oleh pemimpin Umno. Inilah sikap
pemimpin yang bacul sanggup mengadaikan keharmonian kaum yang sedia ada yang
telah usahakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Alahyarham Tun Abdul Razak. Pemimpin seperti ini menganggap isu 13
Mei 1969 ini sebagai tangkal hikmat
yang boleh dipakai dan dililit di kepala untuk menakutkan orang Melayu. Sekiranya
tidak memilih Umno BN negara akan tidak setabil.
Selama ini iaitu sebelum pakatan pembangkang mula mendapat tempat di hati
rakyat, tidak kedengaran langsung
berhubung dengan peristiwa 13 Mei dijaja setiap kali 13 Mei muncul. Mereka yang berada sebelum 13 Mei amat memahami
perkara ini dan yang lahir selepas 13
Mei mereka tidak langsung mengetahui atau ambil peduli tarikh itu. Apabila parti Umno BN hampir menyembah bumi
maka tangkal ini dipakai semula.
Sungguh amat memalukan dan amat
mendukacitakan. Adakah kerajaan Umno BN
dengan pemimpinnya yang ada
sekarang ini berhasrat merobohkan
benteng perpaduan negara kerana untuk mengekalkan kuasa? Yang menjadi persoalan ialah lain-lain parti-parti
komponen dalam Barisan Nasional tidak pula membangkitkan isu 13 Mei 1969, cuma Umno saja.
Buatlah apa yang patut Muhyiddin. Turunlah
berjumpa rakyat, jaja di mana-mana ceruk rantau untuk menakutkan orang Melayu. Rakyat tidak sebodoh apa yang disangkakan,
sebaliknya rakyat merasa sedih dan kesian melihat
kebodohan pemimpian sebegini.
No comments:
Post a Comment