BlogPingTool.com
Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir mempertikaikan mengapa Lim Kit Siang membenci beliau (“Saya
tidak tahu kenapa beliau sangat benci saya”), sambil menolak tuduhan Lim
berhubung kewujudan ‘Mahathirisma’. Beliau mengulas dakwaan Lim bahawa beliu cuba menyuntik politik memecah-belah
kaum menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN. Lim juga
menuduh Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan Melayu bahawa pengundi Cina
sebagai ‘kingmaker’ dalam pilihan raya akan datang.
Terus terang dikatakan, sebenarnya bukan Lim seorang sahaja yang membenci Mahathir tetapi ramai lagi di luar sana orang membenci Mahathir
kerana perbuatannya masa lampau dan kini kebencian orang ramai berterusan kepadanya selepas
beliau bersara. Teringat kata-kata
Allahyarham Hj Fadhil Nor yang mendoakan supaya umur Mahathir panjang supaya dapat melihat apa akan terjadi kepada politik negara ini berikutnya.
Sekarang ahli Umno yang pandai dan bijaksana ialah Mahathir seorang sahaja, ahli lain yang pandai berada dalam PKR dan PAS. Mahathir sepatutnya bersara dengan sejahtera. Beliau boleh menulis perkara-perkara
yang baik yang boleh diteladani oleh orang ramai bukan menambah kebencian
dengan menulis kata-kata menghina dan memfitnah sesama insan. Kerana terlalu bijak beliau pula cuba menghina Datuk
Seri Anwar Ibrahim dengan mencadangkan supaya diberi masa 5 hari kepada Anwar merasa menjadi Perdana Menteri jika pakatan rakyat kalah dalam pilihan raya
ke-13. Ini bukan bijak, ini bukan satu siri raja lawak tetapi ini bagang
namanya.
Tindakan Mahathir akhir-akhir ini banyak menggambarkan kekalutan di fikirannya,
apabila jelas dan terang parti Umno baru yang dihidupkan oleh beliau (setelah
diharamkan) sedang meronta dalam keadaan nyawa-nyawa ikan menanti putus nyawa
sahaja.
Ada orang berpendapat, semakin Mahathir diberi ruang bercakap, akan lebih memudahkan
lagi Umno BN dikapan dan ditalkinkan.
Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya. Janganlah Mahathir menganggap semua rakyat Malaysia menyanjung beliau. Semua orang tahu cakap Mahathir yang merapu
tersebut umpama orang yang sedang menunggu saat
hidupnya dinoktahkan.
No comments:
Post a Comment