Hampir setiap hari ada sahaja bantuan, bonus,
dividen yang diumumkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib. Pemberian tersebut bukan sedikit, tetapi berjuta. Beliau benar-benar mahu dilihat sebagai
seorang Perdana Menteri yang perihatin berjiwa rakyat dan pemurah. Baru-baru ini Najib mengumumkan pula pemberian
wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada semua peneroka Felda.
Pemberian tersebut meliputi peneroka bersama Felda seramai
103,597 peneroka diberi RM400 seorang dan tidak bersama Felda seramai 9,038
peneroka dibayar RM200 seorang. Peruntukan RM41.4 juta kepada peneroka bersama
Felda dan RM1.8 juta yang tidak bersama Felda.
Disamping pemberian kepada peneroka Felda, Najib turut mengumumkan sagu hati
kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk
Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan
Parlimen Felda RM540,000.
Apa yang
menjadi persoalan ialah tabung manakah yang dikorek oleh Perdana Menteri
1Malaysia dan merangkap Menteri Kewangan.
Sebelum ini apabila ditanya kemungkinan
pegawai kerajaan diberi bonus, Najib
menjawab “tengoklah kita semak buku dulu kalau ada kita berilah”, tetapi kalau
untuk Felda peneroka tidak mintapun tiba-tiba
terus mengumumkan pemberian duit raya.
Kita faham nyawa Umno BN bergantung kepada Felda, apa yang dibimbangi
ialah sekiranya peneroka mengluarkan fixed deposit mereka dari Umno. Menggigit jari pula.
Menjelang
Aidilfitri ini banyak lagi pengumuman akan dibuat oleh Najib untuk tranformasinya
membantu rakyat. Terdapat masih ramai
lagi rakyat marhein yang belum merasakan
bantuan seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mungkin sedang difikir atau
dalam perancangan. Oleh itu jangan terperanjat jika selepas ini kelihatan orang ramai beratur di Stesyen Sentral untuk menerima wang tambang pulang raya. Tunggu.
No comments:
Post a Comment