Bersih 2.0 tetap Bersih tidak kotor
dan tidak menjadi satu himpunan haram.
Yang mengatakan haram ialah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengisytiharkan
gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9
Julai.
Bila Besih 2.0 menjadi bersih maka Bersih 1.0 dan
Bersih 3.0 juga menjadi putih bersih dan tidak kotor. Hanya Bersih 4.0 yang kotor diketuai oleh
orang-orang yang bangang.
Demikianlah keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat pada hari ini (24 Julai
2012) oleh Hakim Datuk Rohana Yusof yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam
Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil
(BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Penghakiman tersebut adalah meliputi perkara-perkara berikut:
Pertama: Walaupun perisytiharan gabungan
Bersih sebagai haram itu dibuat, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan
pegawai BERSIH,
Kedua: Terdapat rundingan antara
pemohon (Bersih) dan responden
(kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai,
Ketiga: Ada majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong oleh pemohon pertama Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan tiada celaan terhadap
BERSIH untuk aktiviti
perhimpunan pada 9 Julai 2011
seperti yang dijadualkan, dan
Keempat: Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah
membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan
pada 28 April yang lepas.
Amat jelas Hishamuddin telah
menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk menyekat apa yang diperjuangkan oleh Bersih yang hanya mahukan satu pilihanraya yang adil dan bersih dalam
sebuah negarademokrasi, dengan membuat
pengisytiharan Bersih sebagai satu ancaman kepada keselamatan
negara.
No comments:
Post a Comment