IKLAN

Friday, 20 July 2012

Menteri KDN Hishamuddin Tak Tahu Pakatan Rakyat Dirasuk Virus JI Dan Komunis


Ping Blog
Kerap kali terpaksa mengambil perkataan Tun Mahathir bahawa pemimpin Umno BN semuanya bodoh-bodoh belaka, yang bijak semuanya berada di dalam pakatan rakyat.  Lihat saja orang yang seorang ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau tidak pasti tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.

Ini amat memeranjatkan semua orang sedangkan  Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin  dalam kenyataanya menyebut bahawa risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Hishammuddin sebagai berkata, pada masa ini, beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara tersebut. Sebagai seorang menteri di KDN mana mungkin beliau tidak dipedulikan oleh orang penting dibawah kementeriannya. Mana mungkin pegawai mendahului menteri?.  Atau adakah mereka main kong kali kong.


Kenyataan  Datuk Mohd Sofian adalah berhubung dengan keselamatan  negara, mengapa membuat kenyataan tiada tindakan.  Sebab itu Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya menamakan mereka yang didakwa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang dikatakan cuba  meresapi parti-parti pembangkang PAS, DAP, PKR dan  PSM.  Amat malang alasan untuk menuduh penglibatan  DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR hhanya berdasarkan terdapat pemimpin-pemimpin pembangkang sering berulang alik ke Bangkok dan Selatan Thailand dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaysia (PKM).


Orang faham mengapakah  tiba-tiba  isu JI  dan Komunis dikeluarkan.   Dulu  semasa Bersih 2.0 sedang rancak untuk diadakan tiba-tiba pengikut parti  PSM ditahan dan  berikutan itu banyak pula senjata dijumpai.   Mungkin inilah percubaan kong kali kong jika untung batu timbul dan untung sabut tenggelam.  Kalau main poker umpama ‘test card’.  Buatlah apa yang patut agar bahagia.

No comments:

Post a Comment