IKLAN

Sunday, 29 July 2012

Lajim, Wilfred Tsunami Politik Sabah

Ping my blog
Sahih sudah  Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan perletakan jawatan mereka masing-masing. 

Datuk Seri Wilfred Bumburing meletak jawatan daripada parti Upko dan pengerui  BN Tuaran dan  seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.  Beliau mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Sementara Datuk Seri Lajim Ukin pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta.  Beliau juga   mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

APS adalah  didominasi oleh  suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai oleh Wilfred Bumburing, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim. Pelancaran kedua-dua pertubuhan tersebut pada 29 Julai 2012  disaksikan sendiri oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan.

Sebagai Perdana Menteri, Dato Seri Najib dan TPM Tan Sri Muhyiddin sudah tentu bimbang,  walau bagaimanapun sebagai mengulas pada perkara ini Najib menyatakan beliau tidak terkejut dan sudah menjangkakannya  berdasarkan tindakan dan ucapan Lajim  yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.  Nampak juga  kekesalan Najib apabila beliau berkata "Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat."

Perletakan jawatan Lajim dan Wilfred bermulalah tsunami politik di negeri bawah bayu ini. Rakyat Sabah sebenarnya mahukan satu perubahan. Rakyat Sabah sebenarnya tercari-cari siapakah pemimpin yang boleh melakukan perubahan untuk mereka   menjauhkan diri dari Umno BN. Mereka lebih mempercayai orang tempatan. Kedatangan Anwar Ibrahim tidak cukup kuat untuk mereka melakukan perubahan.  Dengan wujudnya APS dan PPS maka telah ada ruang untuk mereka melakukan perubahan tersebut. Selama ini sindiran Najib mengatakan Kelantan negeri yang termiskin  di Malaysia sebenarnya tidak langsung dipercayai bahkan mereka faham bahawa Sabahlah yang termiskin di Malaysia. Mereka telah dapat melihat apakah yang telah dilakukan oleh BN dan Umno yang  menggantikan Usno.

Menurut kenyataan bekas Timbalan Menteri Buruh (1986 hingga 1990), Kalakau Untol. dan juga  ahli PKR, perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN),  ini berdasarkan  sejarah politik Sabah dimana  pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.  Kali ini mungkin  Umno BN akan ditinggalkan oleh rakyat Sabah.  Menurut Kalakau Untol apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti akan terjadi.

Dayung sudah ada ditangan.  Persolannya sekarang  apakah muslihat Datuk Seri Lajim Ukim tidak mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga ahli Umno?. Adakah beliau mahu melihat dan menunggu bagaimana Najib akan  membuat keputusan terhadap beliau dalam kemelut ini?  Tunggu.

No comments:

Post a Comment