Blog Ping Tool
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar kini sedang bersilat, bertaici
dan berkarate menggunakan apa saja jenis pertahanan diri bagi menjelaskan isu projek
penternakan udang seluas 100 ekar di Tanjung Karang dan menafikan mempunyai sebarang pegangan
kewangan dalam projek penternakan udang yang diuruskan oleh
Pristine Agrofood Sdn Bhd. Itulah yang sedang dilakukan oleh Noh.
Isu ini
ditimbulkan dalam sidang DUN dimana ADUN (DAP-Sekinchan) Ng Suee Lim mendedahkan bahawa Noh memulakan projek udang di tanah seluas 30
ekar bersama-sama dengan Syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd. Ini bercanggah dengan kepentingan Noh merupakan
menteri yang bertanggungjawab dalam industri asas tani. Noh dikatakan membeli
tanah 30 ekar dengan membayar RM100,000
berbanding harga asal kir-kira RM3juta pada ketika itu.
Itulah,
Noh kena sedar sarang tebuan jangan dijolok. Kalau dijolok nasib tak baik kena sengat. Sebelum ini Noh heboh dengan tuduhan
isu air Selangor, PTPTN (Unisel), dan kerap menuduh apa sahaja terhadap kerajaan Selangor dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Kini apabila kena batang hidung sendiri
berbagai cara digunakan untuk melepas diri.
Apa yang jelas, kita nampak Noh dalam keadaan kelam kabut untuk menjelaskan keadaan tersebut (gambar kawasan ternakan udang di Tanjung Tengkorak) antaranya beli tanah pada tahun 1995, belum lagi menjadi menteri pertanian dan tiada kepentingan kewangan dengan Syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd. Hentam sajalah Noh semoga penjelasan yang dibuat penjelasan yang logik.
No comments:
Post a Comment