IKLAN

Thursday, 26 July 2012

Najib Dan Muhyiddin Bergilir-gilir Melawat Sabah

Ping Blog
Sedikit demi sedikit timbul pengesahan dan jelas bahawa tiada apa yang boleh diharapkan oleh Umno BN untuk kekal berkuasa mengharapkan fixed deposit bagi BN di Sabah. Tiada lagi harapan untuk Umno BN menuntut begitu.   



Pemimpin-pemimpin dalam BN telah mula mengisytiharkan diri mereka berhijrah keluar daripada Barisan Nasional. Orang yang awal mengambil tindakan berhijrah ialah Datuk Seri Lajim Haji Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, yang mengumumkan tidak akan  mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beufort dan juga perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Begitu juga tindakan diambil oleh Timbalan Presiden, United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), Datuk Seri Wilfred Bumburing meletak jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran P170 pada 23 Julai 2012.  Tiada sebarang sebab yang nyata dikeluarkan oleh mereka berdua.  Walau bagaimanapun dari maklumat,  mereka  mahu memperjuangankan agenda Sabah.  

Tidak ketinggalan juga sekumpulan  Kadazandusun dikatakan akan menubuhkan satu pergerakan politik yang mungkin bekerjasama dengan pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Pembaharuan Sabah (SRF-Sabah Reform Front). Penubuhannya dijangka diumumkan secara rasmi di Dalit, Tuaran.  Dijangka  hadir dalam satu perhimpunan khas  ialah oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tuaran pada tengah hari Ahad ini. 
        
Dengan senario mutakhir ini di Sabah amat membimbangkan pucuk pimpinan Barisan Nasional.  Dapat kita lihat Najib dan Muhyiddin bergilir-gilir dan tergesa-gesa datang ke Sabah turun padang.  Muhyiddin sendiri akan mewakili Najib pada Sabtu ini (28 Julai) mendahului Anwar Ibrahim, beliau akan melakukan tinjaun mesra di Bazar Indah Permai di Sepanggar, Kota Kinabalu.  Berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Likas dan merasmikan Anjung Ilmu masjid berkenaan serta menyampaikan zakat kepada warga emas, ibu tunggal dan saudara baru dan menyampaikan air zam-zam dan buah kurma kepada anggota masjid berkenaan.  Selain itu  diadakan di majlis itu, penyampaian kunci rumah kepada pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PBR) dan penyampaian sumbangan kepada Masjid Jamek oleh beberapa tokoh korporat yang keseluruhannya bernilai RM70,000.

Sebenarnya Umno BN di Sabah sedang berhadapan dengan krisis pucuk pimpinan.  Skandal rasuah yang membabitkan Ketua Menteri dilihat sebagai satu masalah yang sungguh serius.  Ada tanda-tanda bahawa jawatan Ketua Menteri juga sedang hangat diperkatakan kini  menjelang PRU ke-13 yang akan datang ini. 


Dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara, Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut. BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.  Mereka juga tidak yakin Sabah dan Sarawak akan menjadi deposit tetap itu akan kekal untuk Umno BN.

Inilah juga antara  penyebab mengapakah penetapan tarikh pilihan raya oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib amat sukar dibuat. Setiap kali terbuka hati untuk membubarkan parlimen, datang pula perkara-perkara yang membebankan.  Tiada pilihan lain melainkan menunggu di saat akhir mandat lima tahun yang berbaki hanya 9 bulan lagi.

No comments:

Post a Comment