IKLAN

Friday, 27 July 2012

Janji Telah Ditepati, Kini Masa Balas Budi

Ping Blog
Semua telah dilakukan.  Beri Bantuan 1Malaysia (BRIM: RM100, RM200, RM500, RM3000), baucer tayar RM520 untuk teksi, topi keledar untuk belia 1M4U, bantuan membaiki rumah kejiranan Felda, Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia dan  Kedai Kain 1Malaysia.   Setelah  55 tahun maka diisytiharkan JANJI telah  DITEPATI.  Kemudian meminta kepada rakyat supaya “KINI MASA BALAS BUDI”

Macam-macam ada, ditambah lagi dengan iklan Merdeka Janji Ditepati 55 Tahun 1Malaysia (yang mendapat kritikan dari semua warga,  pakatan rakyat dan pengiklan), Saya Pilih Malaysia  atau I Choose Malaysia dan lagu Janji Ditepati lirik lagu tersebut dihasilkan oleh Rais Yatim. Menteri yang membakar jambatan kira-kira 32 tahun yang lalu.


Nampaknya Rais Yatim telah memukul gong dan canang sebagai promosi untuk Barisan Nasional dengan  mengungkit balik apa yang telah diberi oleh Barisan Nasional kepada rakyat.  Rakyat tetap bersyukur kepada Allah SWT kerana rezeki itu daripada Allah.  Sebagai pemerintah adalah menjadi tanggungjawab  dan tugas untuk mensejahterakan rakyat.  Jika mahu mengungkit, jangan jadi kerajaan. 


Itu pun BN baru melakukannya sekarang.  Kenapa tidak melakukan sebelum ini?  Rakyat juga cukup faham, Umno BN telah menghampiri  garisan penamat, walau apa yang dilakukan, rakyat tidak berganjak dari apa yang mereka tekadkan untuk berubah.


Telah banyak  kemungkaran BN mengambil giliran timbul satu persatu didepan mata rakyat.  Rakyat telah dapat membuat penilaian berbagai skandal, salahguna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin BN dan kroninya.
Rais Yatim cuba mengingatkan semula segala yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional dengan Janji Ditepati, kemudian meminta pula rakyat membalas budi kepada kerajaan yang telah memberikan bantuan tersebut.  

BN kini umpama bahtera yang banyak dindingnya rosak dan berlubang, yang sudah dimasuki air menunggu parasnya tenggelam sedikit demi sedikit.  Bahtera ini tidak mungkin boleh dihulurkan pelampung untuk menyelamatkannya.

Mengapakah harus diselamatkannya sedangkan nasib dan nyawa kita belum tentu selamat. Biarlah ia tenggelam. Rakyat harus mencari pelampung lain untuk diselamatkan oleh bahtera lain.

No comments:

Post a Comment