IKLAN

Saturday, 7 July 2012

Sketsa Presiden Mesir Dalam Harian Metro


BlogPingTool.com
Semasa  Mohamed Morsi, Presiden Mesir yang baru mengangkat sumpah memegang jawatan, sempat  saya ikuti siaran langsungnya yang dibawa oleh Al-Jazeera.  Ucapan Morsi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sungguh menyentuh perasaan dan membuatkan ramai rakyat Mesir menitiskan air mata tidak terkecuali saya.


Dalam ucapan yang panjang lebar tersebut menyentuh banyak perkara  antaranya  beliau mahukan rakyat Mesir  bersatu dan melupakan tragedi  dan perselisihan semasa pemberontakan demokrasi Mesir, beri penghargaan dan penghormatan  kepada pasukan keselamatan tentera dan polis yang menjaga keselamatan dan menjaga sempadan negara.

Presiden Mesir tersebut  tidak putus-putus menyebut nama Allah, AllahuAkbar, AllahuAkbar dan bersyukur kepada keadaan yang pulih semula.  Beliau merakam dukacitanya kepada pelajar Universiti Mesir yang terpaksa menangguhkan peperiksaan kerana upacara mengangkat sumpah jawatan beliau diadakan di universiti  tersebut.


Selepas upacara tersebut  Mohamed Morsi telah keluar dari dewan diringi oleh pengawalan yang ketat dengan pakaian vest keselamatan.  Beliau tidak senang dengan keadaan ini.  Beliau telah mengatakan “saya tidak perlu pertolonan sesiapa, perisai saya ialah Allah”.  Adakah pemimpin dunia yang lain berani  menolak kawalan keselamatan yang telah diaturkan untuk mereka?.


Sebenarnya pihak keselamatan  Mesir dalam keadaan sukar  mengaturkan langkah keselamatan untuk Morsi, mana tidaknya Morsi  telah menjadi amalannya akan bersembahyang Subuh berjemaah di masjid.  Beliau juga telah mengeluarkan arahan supaya dikurangkan kenderaan keselamatan yang mengiringi beliau supaya tidak mengganggu orang ramai hanya disebabkan kereta beliau. 


Mohamed Morsi juga menyatakan “Taatlah kepada saya selagi saya taat kepada Allah”.  AllahuAkbar  semoga ini bukannya satu retorik. Itulah antara peribadi Mohamad Morsi, Presiden baru Mesir yang menggantikan Hosni Mubarak.


Di sini ingin kita tanya kepada Ketua Pengarang, akhbar Harian Metro apakah tujuan mereka  memaparkan sketsa Mohamad Morsi, Presiden baru Mesir di dalam akhbar mereka keluaran Sabtu 7 Julai, 2012.  Adakah mereka mahu orang ramai ketawa melihat sketsa tersebut atau mempersendakan misi dan visi Mohamad Morsi  terhadap negaranya Mesir?.


Adakah Harian Metro tidak terfikir dengan perbuatan mereka ini boleh mengundang  buruknya hubungan diplomatik antara Mesir dan Malaysia.  Janganlah ikut sikap bodoh seorang Menteri  yang mahu mendaftar tarian Tor-Tor bangsa Mendailing  sebagai warisan Malaysia yang menyebabkan kedutaan Malaysia di Indonesia dibaling dengan telur. Kita juga mempersoalkan adakah Harian Metro telah didalangi oleh  golongan Yahudi bagi memberi imej buruk  kepada Morsi yang mahu memimpin negaranya ke jalan Allah jika mahu membandingkan dengan pemimpin-pemimpin Umno BN yang ada?


Sebelum ini sudah ada di media maya perbandingan-perbandingan yang dibuat oleh beberapa  blogger (sudah tentu pro-pakatan)  antara Mohamed Morsi, Presiden Mesir dan Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib, cara hidup dan isteri mereka.  Beza, amat berbeza.  Adakah  kerana ini membuatkan akhbar penjilat Harian Metro bertindak memaparkan sketsa tersebut?


Janganlah menghina kepada hamba Allah yang cuba melahirkan sesuatu pimpinan yang baik kepada rakyatnya, ke jalan yang diredhai oleh Allah. 


Ingatlah umat islam tetap bersatu untuk kebaikan walau dimana mereka berada.  Jangan salahkan orang ramai sekiranya Harian Metro juga akan lebih parah nasibnya jika ia diboikot dan ditinggalkan oleh ramai. Amin.

No comments:

Post a Comment