Parti MCA telah memutuskan tidak
akan membenarkan presidenya Dato Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng. Chua berkata berdebat dengan ketua
menteri pulau pinang itu merupakan satu pembaziran masa dan tenaga kerana, Lim
tidak menjawab soalan yang diajukan. Menurut Chua, Lim Guan Eng hanya
menggunakan pentas debat itu untuk mengambil kesempatan menabur fitnah dan
berkempen.
Sebab itulah Presiden Umno dan
merangkap Presiden parti Barisan Nasional, Dato Seri Najib tidak mahu berdebat
dengan Dato Seri Anwar kerana bimbang
seluar terlondeh. Tetapi Chua kata Najib sibuk kerana tugas transformasi untuk negara. Sudah tentu
pihak pakatan rakyat akan menggunakan pentas debat bagi menerangkan dasar-dasar terbaik parti pakatan untuk kebaikan
rakyat. Inilah yang dilakukan oleh Lim
Guan Eng, mempertahankan apakah yang telah beliau lakukan untuk Pulau Pinang.
Tuduhan bahawa Lim menggunakan
kesempatan untuk memfitnah dan berkempen adalah tidak benar. Chua sendiri banyak memutar-belitkan
fakta. Sebagai contoh beliau telah
menyatakan Pelabuhan Pulau Pinang hanya mengutip hasil sebanyak RM180,000
sedangkan sebenarnya melebihi RM3.8 juta.
Menafikan Kerajaan Pulau Pinang telah membina lebih 18,000 rumah kos
rendah dengan merujuk kepada laporan audit yang tidak mencatatkannya.
Chua menuduh Lim tidak menjawab soalan
yang ditanya. Sebenarnya Chua lebih banyak
terkeluar dari menjawab soalan yang ditanya samada oleh panel bebas atau dari
soalan bertulis penonton.
Tindakan untuk tidak membenarkan MCA berdebat dengan Lim Guan Eng ada kebaikannya untuk MCA dan Barisan Nasional, jika diteruskan akan mengundang lebih banyak lagi keburukan MCA terutama Barisan Nasional dibawah pimpinan Najib akan pecah dan meletup.
Tindakan untuk tidak membenarkan MCA berdebat dengan Lim Guan Eng ada kebaikannya untuk MCA dan Barisan Nasional, jika diteruskan akan mengundang lebih banyak lagi keburukan MCA terutama Barisan Nasional dibawah pimpinan Najib akan pecah dan meletup.
No comments:
Post a Comment