Selalunya sekira pemimpin mahu memberikan nasihat kepada sesuatu perkara
demi kebaikan, pemimpin tersebut mestilah pemimpin yang peribadinya boleh diikut
dan dijadikan contoh seperti kata Tun Mahathir, Kepimpinan Melalui Teladan (itu
kata dia).
Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataanya
mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah memilih pemimpin kerana boleh
mengakibatkan keamanan negara tergadai sekali gus menyebabkan rakyat hilang nikmat
untuk melakukan ibadat.
Najib menyentuh pemimpin pembangkang tidak berakal, kurang ajar, mengadakan
demonstrasi Bersih 3.0 hingga ke Mekah dan Madinah yang mengakibatkan kekurangan kouta haji, memporak perandakan
negara.
Najib umpama mengeluarkan apa yang terbuku dihatinya menjelang
Ramadhan. Sebab itu keluarlah perkataan
kurang ajar mungkin dia lupa perkataan haramjadah. Sebenarnya slogan Tun Mahathir "Kepimpinan Melalui Teladan" tersebut masih lagi berguna jika mahu memilih pemimpin
yang boleh diteladani. Dengan bahasa pasar ‘cakap serupa bikin’. Pemimpin yang
mahu dipilih sekarang ialah pemimpin yang berakhlak, ada nilai-nilai islam,
tiada skandal, rasuah dan salah guna kuasa.
Inilah ciri-ciri yang mahu dipilih.
Untuk tidak tersalah memilih pemimpin, maka perkara yang paling asas ialah memilih
parti terlebih dahulu, antara Gagasan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) dengan
Barisan Nasional (BN). Jika telah dibuat penilain dan mengasingkan kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN maka secara otomatiknya nampak jelas siapakah pemimpin yang akan
dipilih. Dalam BN orang Nampak hanya
Najib dan Muhyiddin, itupun Muhyiddin sudah jarang-jarang. Pemimpin-pemimpin dalam parti komponen boleh dikira
penampilannya. Jika pakatan rakyat orang akan tergambar Anwar Ibrahim, Lim Guan
Eng dan Nik Aziz yang lain mereka ingat juga.
Rakyat sentiasa menunggu dengan sabar untuk memilih pemimpin, cuma masanya belum sampai
dan dizinkan Allah. Keputusan telah lama dibuat dan tidak akan berubah walaupun menerima berbagai pemberian seperti BRIM (RM100, RM200, RM500, RM3000),
Teksi dengan 4 tayar, 1M4U dengan topi keledar, tok imam dengan jubah
dan token dan bantuan untuk membina rumah kampong
berjiran dengan Felda.
Kenapakah BN begitu prihatin dan
bermurah untuk memberi semua itu kepada orang ramai selepas hampir 55 tahun berkuasa. Ini kerana pakatan rakyat telah mula kuat. Pembangkang yang kuat akan menyenangkan
negara. Oleh itu mahu atau tidak terpaksa ikut rentak pakatan rakyat untuk
agenda memberi kesejahteraan untuk
rakyat.
Rakyat akan menunggu dengan sabar tempoh bersara 55 tahun Umno BN, sebab umur bersara 58 tahun dan 60 tahun yang terbaru hanya sebagai tempoh untuk menunggu saja walaupun ianya umur bersara wajib.
No comments:
Post a Comment