IKLAN

Saturday, 28 July 2012

Najib Kata Semua Kelompok Dapat Imbuhan

Ping Blog
“Apa yang dijanjikan bukan slogan tapi kalau kita lihat selepas satu kelompok, satu kelompok lagi mendapat imbuhan dari agenda transformasi negara”.  

Itulah kenyataan    Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib ketika mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) bagi  2011 di bawah pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Dalam ucapannya Najib telah  menyebut semua yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional dalam membantu rakyat.  Yang menarik dalam ucapannya ialah umpama merayu undi seperti berikut:  

"Begitu banyak kita (kerajaan) lakukan, baru tiga tahun, cuba bayangkan kita dapat lima tahun lagi”

Kesian.  Gaya bahasa Najib hendak menunjukkan bahawa beliaulah Perdana Menteri yang perihatin untuk membantu rakyat (satu kelompok ke satu kelompok dapat imbuhan). Kata beliau, itu baru dilakukan dalam tempoh 3 tahun, dan menyuruh orang membayangkan jika dapat memerintah lagi 5 tahun. Kalau ini dilakukan oleh pakatan rakyat, sudah tentu  akan dikatakan negara akan bangkrap.

Sebelum ini Orang Asal telah diperuntukan sebanyak RM30 juta. Ada kemungkinan sebelum PRU ke-13 ini akan diumumkan lagi kelompok ini akan diberi jamban free.

Rakyat Malaysia faham, semuanya kerana pilihan raya.


No comments:

Post a Comment