Semasa Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri Najib dalam kunjungannya ke Bangi dalam program Janji Ditepati, beliau telah mengesa pengundi-pengundi supaya mengundi dan memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memerintah Selangor. Najib menyatakan BN perlu memenangi di Selangor bagi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Dengan mandat yang diberikan Selangor akan lebih baik. Najib juga menyatakan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan rakyat hanya janji-janji dan tidak ditunaikan.
Kita perlu tanya Najib, berapa lama sudah Barisan Nasional berkuasa di Selangor?. Selama 50 tahun BN berkuasa di Selangor sehingga 2008. Apakah yang dilakukan untuk Selangor. Nasib rakyat sama sahaja, yang senang dan kaya-raya ialah pemimpin dan kroni Umno BN terutama menteri-menteri besarnya. Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Mohamad Mohamad Taib (Mat Taib) bekas menteri besar Selangor (1986 hingga 1997) yang ditahan di Australia membawa wang hampir RM3.8 juta, Dato Dr Mohamed Khir Toyo (2000 hingga 2008) yang didapati bersalah setelah didakawa oleh SPRM.
Mengesa pengundi memilih BN untuk memerintah Selangor adalah amat memalukan, ini kerana BN telah diberi peluang selama 50 tahun. Pakatan rakyat baru memerintah 4 tahun dan belum pun habis penggal telah menerima berbagai fitnah dan gangguan serta dilebelkan pakatan rakyat tidak tunaikan janji. Apakah kesempatan yang boleh dilakukan dalam tempoh tersebut sedangkan 50 tahun BN berkuasa banyak janji-janji BN yang belum ditunaikan dan terbengkalai.
Kini apabila bahtera BN bocor dan senget untuk tenggelam, dengan tidak segan-silu terus Najib merayu supaya beri peluang kepada BN untuk memberi kehidupan yang lebih baik. Kata-kata begini sekarang diulang-ulang setiap kali Najib mahupun Muhyiddin turun padang mahu tepati janji 5 tahun sekali.
Sampailah masa BN berubah tempat di dalam dewan rakyat dan Najib pula perlu belajar menjadi Ketua Pembangkang supaya dengan bertukar tempat duduk dapat memahami dan menambah lagi keinsafan.
No comments:
Post a Comment