Selepas dimalukan oleh orang ramai pada majlis Hari Koperasi
Negara yang diadakan di Bukit Jalil pada 14 Julai 2012 dengan beramai-ramai
meninggalkan stadium Bukit Jalil semasa Perdana Menteri 1Malaysia sedang
berucap dan gangguan bunyi air-horn, pada esoknya pula 15 Julai (Ahad) Majlis Pelancaran 1Malaysia For Youth (1M4U) diadakan
pula di pesekitaran Esplanade KLCC.
Sambutan menggalakkan yang rata-rata terdiri daripada
belia-belia lelaki dan perempuan, sudah tentu datangnya daripada kolej-kolej
dari university. Najib dan jemaah yang
berada di atas pentas menyanyi bersama orang ramai antaranya lagu-lagu 1Malaysia, 1M4U dan lagu-lagu dari artis jemputan.
Rupa-rupanya kehadiran ramai pada hari tersebut adalah di
atas arahan melalui pekeliling di
keluarkan pada 11 Julai oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang meminta penyertaan
10,000 orang belia termasuk 1000 orang dari kolej komuniti terlibat. Pekeliling tersebut menyatakan T.Shirt dan
Topi akan diberi dan makan minum pelajar akan disediakan. Tuntutan perjalanan dibenarkan dibuat di atas
tanggungan jabatan masing-masing melalui Pekeliling Perbendaharaan yang sedia
ada.
Begitulah amalan selama ini yang dilakukan oleh pihak
kerajaan terutama yang melibatkan Perdana Menteri 1Malaysia, Najib bagi
menampakkan ramai yang datang ke majlis-majlis tersebut. Sekarang majlis-majlis
seperti ini banyak menggunkan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib untuk
menunjukkan sokongan rakyat kepada Umno
dan Barisan Nasional telah meningkat.
Buatlah apa yang patut selagi ada kuasa, esok jika tiada
kuasa tangan pun orang tak akan cium. Di
bawah diperturunkan antara program yang telah dijalankan sebagaimana
digambarkan dalam klip video youtube. Sila klik pada video.
No comments:
Post a Comment