IKLAN

Friday, 13 July 2012

Hudud Oh Hudud, Tiba-Tiba Umno Nak Hudud

Blog Ping Tool
Kini puak-puak Umno telah bersuara menyokong perlaksanaan hukum Hudud sebagaimana desakan pihak pembangkang.  Bermula pada  20 Jun 2012 cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat untuk menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Datuk Ayub Rahmat dalam kenyataannya  juga mencabar pemimpin Pas supaya menyokong cadang beliau sekiranya pemimpin Pas benar-benar jujur. Pada 2 Julai, Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan bahawa beliau mempersilakan Johor mendahului Pas dan beliau menyokong sepenuhnya.  


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim      (klik) berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.


Menurut Mashita sekiranya perkara ini menjadi kenyataan, maka BN mendahului Pas dalam melakasanakan Hukum Hudud  berbanding Kelantan  hanya bercakap kosong. Walau bagaimanapun cadangan ini disifatkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, bahawa Datuk Ayub Rahmat tersebut sebagai hilang akal (ADUN Umno hilang akal). 


Cadangan Datuk Ayub Rahmat ADUN Kemelah  juga mendapat sokongan daripada Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM),  A Rahman Mahadi. Sementara itu Exco Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan ia hanya cadangan  Datuk Ayub Rahmat dan ia tidak pernah dibincangkan.


Pada 11 Julai Ketua Wanita Umno Kepala Batas, Zabariah Wahab (klik) dilaporkan berkata bahawa Wanita Umno Kepala Batas adlah kumpulan pertama dari Pulau Pinang yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara ini. Usul yang dibawanya itu diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat perwakilan pergerakan wanita bahagian tersebut pada Sabtu lalu. Beliau berkata, usul menyokong pelaksanaan hukum hudud itu akan dibawa dalam persidangan perwakilan bahagian tersebut.


Pada 13 Julai 2012 Pergerakan Puteri Umno Malaysia   memandang positif cadangan pelaksanaan hukum jenayah syariah - hukum hudud - tetapi menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.   Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.  Beliau tidak mahu usaha ini dipolitikan.  Beliau menyeru  umat Islam wajib menyokong tanpa mengira parti dan menjauhi diri daripada membuat ulasan negatif atau memukul gendang sumbang yang membayangkan pelbagai keraguan.


Itulah yang dilaporkan beberapa minggu ini berhubung dengan cadangan perlaksanaan hukum Hudud.  Apakah sebenarnya perkara ini ditimbulkan.  Adakah ada tangan-tangan halus yang meminta mereka membuat kenyataan menyokong Hudud sedangkan  Datuk Seri Najib, Tun  Mahathir dang geng-gengnya  terang-terang menentang usaha ini.  Adakah  mereka ingin menunjukkan bahawa Hudud juga diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin Umno walaupun tidak disokong oleh pimpinan tertinggi Umno, bagi menunjukkan kepada orang Islam bahawa Umno juga memperjuangkan Islam. 


Banyak andaian-andaian yang boleh dibuat  berhubung dengan isu ini.  Oleh itu kita tunggu dan lihat apakah sambungan daripada episod ini.


No comments:

Post a Comment