IKLAN

Monday, 30 July 2012

Tengkolok Bersalib

Ping Blog
Semalam mesti ada buaya-buaya tidak ada gigi menunggu dengan kamera untuk mengambil gambar kalau-kalau Dato Seri Anwar Ibrahim dipakaikan tengkolok tradisional Kadazan yang dikatakan berlambangkan salib semasa majlis penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Wilfred Bumburing di Tuaran.

Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku.  Perkara yang sama inilah yang berlaku terhadap YM Tengku Razaleigh Hamzah, ketika itu beliau menerajui parti Semangat 46.  Inilah senjata digunakan oleh Umno BN untuk menjatuhkan Ku Li dengan gambar Ku Li pakai tengkolok bersalib disiarkan didada akhbar penjilat. Sampaikan Semangat 46 hilang tidak berkubur.  Antara ahlinya termasuklah Menteri Penerangan Komunikasi Dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim yang membakar jambatan.


Cuba diperhatikan tengkolok yang dipakai oleh Datuk Seri Wilfred dan Tan Sri Datuk Penglima Joseph Pairin Kitingan tersebut adakah mempunyai bentuk lambang salib?. Lambang salib sebenarnya banyak di sekeliling kita.  Lihat saja di rumah kita terutama pintu dan jendela cermin, semuanya berbentuk salib. Ada betul kah?


Inilah strategi tidak perlu berbayar.  Orang Melayu, Islam sekiranya sesuatu isu itu melibatkan agama sudah tentu terpengaruh dengan tohmahan seperti ini.Oleh itu kepada pakatan rakyat  pemimpin beragama Islam terutama Dato Seri Anwar, berhati-hatilah semasa menghadiri majlis masyarakat Kadzan-Murut di Sabah. 

Meletakkan tengkolok adalah satu penghormatan, tetapi puak-puak yang kaki spin dan putarini  akan putar sampai tak terputar tanpa kira masa akan melakukan apa saja asalkan target mengena.


No comments:

Post a Comment