Pilihan raya sah sudah hampir di depan mata, ini
berikutan terdapatnya iklan iaitu satu
kempen walaupun tidak spesifik tetapi orang ramai dapat membacanya iklan tersebut
adalah dari kerajaan Barisan Nasional dengan bertajuk ‘I Choose Malaysia” atau “Saya Pilih Malaysia, atau secara simboliknya pilihlah BN atau umpama memberitahu rakyat supaya memilih atau mengundi untuk 1Malaysia.
Bagi orang ramai jika dikemukakan soalan sudah tentu
sebagai rakyat negara ini akan memilih Malaysia. Nampaknya iklan ini adalah penentu nasib umpama untung sabut timbul, untung batu tengelam.
Ia akan memakan diri sendiri kepada yang
mengeluarkannya. Ini kerana mana mungkin rakyat Malaysia tidak memilih Malaysia
iaitu tanah tumpah darah mereka. Di
sinilah mereka dilahirkan, hidup bersekolah dan bekerja. Iklan ini setidaknya menyuruh rakyat berfikir, apakah menyebabkan mereka
memilih Malaysia.
Walaupun iklan ini tidak mengaitkan parti politik
mana, tetapi orang ramai faham bahawa ia adalah dari pihak pemerintah. Manakan tidak, sedangkan digerabak keretapi
boleh dipamirkan gambar Perdana Menteri 1Malaysia inikan pula terbentang ruang
di media kawalan mereka.
Sebelum adanya iklan ini rakyat sudah pun membuat keputusan dan bertekad
bahawa Malaysia seharusnya mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik, berintegriti, yang boleh menyumbang dalam pembangunan
negara, bermoral tidak dilanda skandal, rasuah dan salah guna kuasa. Rakyat juga mahu Pasukan Polis (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Badan Kehakiman dan Jabatan Peguam Negara dan
Suruhanjaya Pilihan Raya adil dan berkecuali bebas dari sebarang pengaruh.
Parti mana yang boleh membuat perubahan maka parti itulah akan dipilih untuk Malaysia.
Rakyat tetap akan memilih Malaysia, bangsa-bangsa Bangla, Vietnam, Kemboja,
Indonesia dan rakyat asing tidak akan memilih Malaysia kecuali mereka
dianugerahkan taraf warganegara, maka I
Choose Malaysia or BN.
-- apabila winner candidate lebih mustahak dari rakyat marhain.. tibalah sumpahan keramat marhain dimakbul Allah..
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen anda. InsyaAllah cahaya sudah ada apa yang penting ialah seluas manakah jendela pembaharuan akan dibuka oleh orang-orang yang mahukan peruabahan tersebut.
Deletei reject PR
ReplyDelete