Himpunan Oren telah selamat disempurnakan pada 14 Julai, 2012
bermula daripada perkarangan Masjid Wilayah, Jalan Duta yang dihadiri hampir 10 ribu orang yang berjalan santai ke
pintu 3 Istana Negara, Jalan Duta. Sebagaimana
dipersetujui dengan pihak polis peserta hanya diminta berhenti jarak 600 metre
dari pintu istana dan dibenarkan hanya 6 orang yang dipilih menyerahkan
memorandum kepada wakil DYMM Yang DiPertuan Agong pada jam kira-kira 4 petang. Tiada sebarang provokasi berlaku perarakan
berjalan dengan aman.
Pada malam hari yang sama pula berjalan lancar Himpunan
Hijau Menuju Ke Putrajaya di padang Kelab Sulaiman, Kampong Bharu. Kehadiran yang begitu ramai telah
menghijaukan lagi suasana pada malam tersebut. Begitu mendapat sambutan. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku, Cuma kesesakan
jalan raya yang begitu ketara.
Pada malam 15 Julai
(Ahad) di Stadium Kuala Selangor juga satu lagi Himpunan Hijau Ke Putrajaya di
adakan. AllahuAkbar tidak dapat digambarkan bagaimana orang ramai kebanyakannya
mengenakan T-Shirt berwarna hijau. Pada malam tersebut terdapat tetamu yang
didatangkan dari Mesir iaitu wakil dari Presiden Mesir turut berucap.
Inilah tiga suasana yang berlaku dalam tempoh dua hari
majlis dan himpunan yang dilakukan oleh Anak (Himpunan Oren), Himpunan Hijau Ke
Putrajaya di Padang Kelab Sulaiman dan Kuala Selangor yang sentiasa mendapat
sambutan ramai. Apa yang laporkan dalam
Malaysiakini dan facebook telah dicelah oleh pencacai-pencacai UBN. Ahmad Maslan dengan menggunakan kiraan cara
Rais Yatim melaporkan dala tweetnya Himpunan Oren hanya dihadiri oleh 1,000
orang sahaja. Ada juga yang melaporkan
himpunan oren diupah beberapa ringgit, nasi bungkus dan T-Shirt untuk
meramaikan himpunan.
Apa yang saya mahu gambarkan ialah berlawanan betul dengan
majlis rasmi kerajaan yang dihadiri oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Dato Seri
najib pada sambutan Hari Koperasi Negara yang diadakan di Bukit Jalil. Tidak diketahui apakah silapnya. Mengharapkan sambutan yang ramai berlaku
sebaliknya dan juga berlaku keributan semasa Najib berucap ada anak-anak muda
yang membunyikan air-horn yang mengganggu Najib berucap. Tempat khas di hadapan pentas hanya tinggal
kerusi kosong, sementara hadirin yang duduk di tangga kambing berpusu-pusu
meninggalkan stadium semasa Najib berucap.
Apa sebenarnya berlaku?
Ada banyak sebab perkara ini berlaku lebih-lebih lagi gambar
dan video dikeluarkan di youtube. Ini bukan cobaan tapi betul-betul. Jika ini berlaku, nampaknya petanda teori R.A.H.M.A.N
akan menjadi kenyataan bahawa Najib (N) adalah perdana menteri Malaysia
terakhir dari parti Umno BN. Ada juga
yang mempersoalkan adakah pengunjung
Hari Koperasi Negara tidak diberi wang poket semasa atau sebelum menghadiri
majlis tersebut? Jika ada saguhati diberi
boleh berlaku sedemikian rupa, lagi kuat untuk mengatakan sokong sudah senget
dan akan membawa rebah.
Pada 15 Julai pula satu perhimpunan diadakan di perkaranganKLCC iaitu himpunan 1M42 (1Malaysia For Youth). Ramai juga yang hadir. Dari video dapat dilihat peserta yang hadir adalah terdiri daripada
pelajar-pelajar universiti yang sama-sama mengikut menyanyi IM4U. Terubat juga hati Najib sekadar jangka yang
pendek untuk muhasabah diri menjelang Ramadhan ini. Selamat berpuasa Dato Seri.
No comments:
Post a Comment